Euro 2020: England lakar kemenangan bergaya tewaskan Jerman

30 Jun 2021, LONDON: England melakar sejarah manis apabila berjaya menewaskan Jerman di Stadium Wembley sekaligus menebus kekalahan kepada Jerman pada perlawanan tahun 1996 di gelanggang sama. Separuh masa pertama memperlihatkan kedua-dua pasukan bermain secara berhati-hati. Namun suasana permainan rancak separuh masa kedua. Pertahanan Jerman mulai longgar dan England terus menggasak. Gerakan yang dicetuskan pemain penyerang, Raheem Sterling di hadapan kawasan D membuahkan hasil setelah Harry Maguire membuat hantaran kepada Sterling yang kemudian merembat terus ke kiri pintu gol Jerman pada minit 75. Jerman terus menggandakan gerakan namun menemui kegagalan menghasilkan gol…. Read More

Mane terharu rasmi hospital

London: Sebuah hospital baharu kini dibuka di Bambali, Senegal hasil sumbangan dana bintang Liverpool, Sadio Mane. Ketika penjagaan kesihatan tidak dianggap begitu penting, Mane menghadiahkan masyarakat setempat dengan pembinaan hospital pertama di kawasan itu. Pemain berusia 29 tahun itu terkenal dengan sikap dermawan namun dia tetap merendah diri sekali gus mendapat pujian orang ramai di tempat kelahirannya. Mane berada di Senegal susulan misi antarabangsa bersama skuad kebangsaan dan kesempatan itu digunakan dengan merasmikan pembukaan hospital terbabit minggu lalu. Dia bertemu Presiden Senegal, Macky Sall pada awal Jun untuk memberi bantuan dana kepada… Read More

Euro 2020: Czech kalahkan Belanda, Belgium mara suku akhir

Republik Czech membuat kejutan menewaskan Belanda pada perlawanan malam tadi dengan keputusan 2-0. Republik Czech mara ke suku akhir. Rekod terbaik Republik Czech dalam kempen Euro semasa edisi tahun 1996 sebagai naib juara. Dua jaringan dihasilkan pada separuh masa kedua setelah kedua-dua pasukan bermain secara berhati-hati pada separuh masa pertama. Pemain pertahanan Czech, Tomas Holes menjaringkan gol pertama minit ke 68. Kemudian pada minit ke 80 Republik Czech mendahului 2-0 melalui jaringan penyerang kelab Bayer Leverkusen, Patrick Schick. Menanti mereka dalam perlawanan suku akhir nanti adalah Denmark. Pasukan jiran Belanda, Belgium pula… Read More

Hafizh sekadar ke-23 di Belanda

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah sekadar menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Belanda, hari ini di kedudukan ke-23. Ia satu lagi keputusan yang mengecewakan buat pelumba NTS RW Racing GP itu selepas menamatkan perlumbaan di tangga ke-17 ketika GP Jerman, minggu lalu. Hafizh yang sebelum ini mendapat perhatian daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang bersedia menajanya, menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 39 minit 40.349 saat dengan juara menjadi milik Raul Fernandez dari pasukan Red Bull KTM Ajo. Seorang lagi pelumba Red Bull KTM Ajo, Remy Gardner… Read More