Euro 2020: Denmark lakar kemenangan benam Wales

27 Jun 2021: Denmark melakar kemenangan bergaya mara ke pusingan seterusnya dengan menewaskan Wales melalui jaringan besar 4-0. Perlawanan pertama Pusingan 16 ini dihidangkan dengan aksi-aksi menarik kedua-dua pasukan. Rentak perlawanan juga seimbang dengan Denmark mendepani permainan melalui 53 peratus penguasan berbanding Wales (47%). Penyerang muda Denmark, Kasper Dolberg menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama bagi Denmark mendahului kedudukan 2-0. Dolberg menjaringkan gol mimit ke 27 dan minit 48. Wales terus longgar dalam pertahanan dan mudah ditembusi pada separuh masa kedua. Wales seperti kehilangan arah, setelah Denmark membuka jaringan separuh masa… Read More

Segelintir atlet Britain enggan divaksin

London: Atlet Britain yang tidak mahu mendapatkan vaksin Covid-19 sebelum berlepas ke Sukan Olimpik Tokyo dilihat bertindak sedemikian kerana bimbang dengan prestasi diri masing-masing berbanding dilabel anti vaksin. Persatuan Olimpik British (BOA) kekal yakin hampir kesemua 370 atlet akan memenuhi dua suntikan vaksin sebelum terbang ke Tokyo dengan hanya segelintir sahaja masih belum mengambil vaksin. Difahamkan, sebilangan kecil jumlah atlet itu bimbang kesan sampingan daripada suntikan vaksin berkenaan seperti keletihan dan pening kepala. Ia sekali gus mungkin akan memberi kesan kepada sesi latihan mereka berikutan temasya sukan terbesar dunia itu akan berlangsung… Read More

Euro 2020: Sepanyol belasah Slovakia 5-0

Empat perlawanan berlangsung lewat malam semalam dan awal pagi tadi. Perlawanan akhir peringkat Kumpulan E dan Kumpulan F menyaksikan Sepanyol mengiringi Sweden dari Kumpulan E dan Perancis bersama Jerman dalam Kumpulan F mara ke pusingan kalah mati. Turut mara adalah Portugal berdasarkan kedudukan pasukan ketiga terbaik. Jerman antara pasukan pilihan Euro 2020 bergelut mendapatkan keputusan seri melawan Hungary pagi tadi. Pasukan The Magyar mendahului separuh masa pertama dengan 1-0, namun saingan 45 seterusnya menjadikan perlawanan menarik. Keputusan berakhir seri 2-2. Sepanyol pula menjadi satu-satunya pasukan yang menjaringkan gol besar tanpa bolos dalam… Read More

Euro 2020: England, Croatia melangkah ke pusingan seterusnya.

23 Jun 2021: Dua perlawanan terakhir peringkat Kumpulan D berlangsung awal pagi tadi, menyaksikan kemenangan buat England dan Croatia mengatasi lawan masing-masing untuk mara ke pusingan kalah mati. Croatia membenam Scotland dengan jaringan 3-1. Sebelum perlawanan bermula, kedua-dua pasukan ini mengutip satu mata selepas dua perlawanan kumpulan. Peluang masing-masing terbuka untuk mara ke pusingan seterusnya. Namun Croatia lebih menguasai perlawanan berbanding Scotland. Kelebihan jaringan telah melayakkan Croatia mara walaupun berkongsi mata sama dengan Republik Czech. Republik Czech pula melepaskan peluang sekurangnya seri untuk mengutip satu mata dan layak ke pusingan kalah mati… Read More