Berita Ringkas |COVID-19: Trump umum kontrak keenam vaksin, membabitkan 100 juta dos

WASHINGTON: Presiden Donald Trump semalam mengumumkan kontrak bernilai AS$1.5 bilion (RM6.3 bilion) dengan syarikat bioteknologi Amerika Syarikat (AS) Moderna untuk 100 juta dos vaksin COVID-19, perjanjian keenam yang dicapai sejak Mei. Moderna dengan kerjasama Institut Kesihatan Kebangsaan AS (NIH), sedang melakukan ujian klinikal Tahap 3 terhadap calon vaksin dan pembuatan dos vaksin akan dilakukan semasa percubaan sedang dijalankan. Vaksin, yang dinamakan mRNA-1273, sedang dibangunkan bersama oleh Moderna dan Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan NIH (NIAID), yang diketuai oleh Dr Anthony Fauci. BH ONLINE

Berita Ringkas |Ops Noda-17 Wanita Warga Asing Tawar Khidmat Seks Ditahan

11 Ogos, Kuala Lumpur: Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman, SAC Mohd Zani Che Din berkata 17 wanita warga asing telah ditahan kerana menawarkan perkhidmatan seks. Mereka yang berusia 17 hingga 38 tahun itu ditahan melalui Op Noda dan pemantauan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di tiga premis iaitu di Jalan Klang Lama, Jalan Mega Mendung dan Jalan Kuchai 13, bermula jam 5.50 petang semalam. —BERNAMA

Berita Ringkas |Akta khusus tentang isu rumah terbengkalai

#KPKT | 281 projek perumahan swasta meliputi hampir 74,000 unit rumah melibatkan 48,000 pembeli di sahkan terbengkalai di Semenanjung Malaysia sejak 2009 hingga Jun lalu. YB Zuraida Kamaruddin bersama KPKT sedang membangunkan satu akta khusus tentang isu rumah terbengkalai ini. Beliau berharap dengan adanya garis panduan baru, pembeli dan juga pemaju akan mendapat kebaikan bersama. #TerusBekerja#PemimpinBekerja#ZuraidaKamaruddin

Hans Jumpa Anwar Tawar Diri Bertanding & Jawatan Menteri?

Khabarnya seorang pelakon popular suatu masa dulu telah bertemu Anwar Ibrahim baru-baru ini. Masih tak tau lagi sejauh mana kebenaran khabar ini. Ia semacam ‘tanya sama pokok, apa sebab goyang’. Khabar itu berbunyi yang pelakon ini telah menyatakan hasrat untuk menjadi calon PRU15 di Ampang melawan Zuraida Kamaruddin. Paling ‘best’ dia juga bercita-cita menjadi Menteri Komunikasi dan Multimedia sekiranya menang mengalahkan Zuraida! Namun begitu, pelakon ini harus ukur baju badan sendiri. Semasa dia menjadi Pengerusi FINAS semasa era PH lantikan Menteri DAP, dia gagal melaksanakan tanggungjawab khusus menjaga kebajikan artis-artis dan penggiat-penggiat… Read More