Video |17 Ogos 2020 Penentuan DUN Sabah Boleh Diadili

Sumber dari Bernama

17 Ogos untuk putuskan sama ada pembubaran DUN Sabah boleh diadili

07/08/2020 02:43 PM KOTA KINABALU, 7 Ogos  — Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 17 Ogos ini untuk menentukan sama ada keputusan Yang Dipertua Sabah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini boleh diadili, iaitu boleh dibicarakan di mahkamah.  Pesuruhjaya Kehakiman Leonard David Shim menetapkan tarikh itu selepas mendengar permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman terhadap keputusan membubarkan DUN Sabah.  Perkara itu dibawa ke mahkamah oleh Tengku Fuad Ahmad, peguam bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dan 32 lagi ahli DUN yang memohon kebenaran mahkamah untuk semakan kehakiman. Bercakap kepada pemberita selepas itu, Tengku Fuad berkata… Read More

Tun Mahathir dijangka tubuh parti baharu petang ini

Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka menubuhkan sebuah parti baharu dinamakan Parti Bersatu Rakyat Malaysia pada petang ini.null Menurut sumber, satu majlis pengumuman bagi penubuhan parti baharu itu oleh kem Dr Mahathir bersama enam lagi pemimpin Bersatu yang dipecat difahamkan akan diadakan di sebuah hotel di Bangsar pada jam 4.30 petang nanti. Bagaimanapun, perkara itu masih bergantung kepada keputusan kes saman dikemukakan Dr Mahathir dan lima pemimpin Bersatu lain bagi mencabar keputusan pemecatan mereka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. Pada 9 Jun lalu, Dr… Read More

Lim Guan Eng keluar dari ibu pejabat SPRM bagi hadapi pertuduhan di Mahkamah KL

07/08/2020 10:01 AM PUTRAJAYA, 7 Ogos – Kenderaan yang dipercayai dinaiki bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng dilihat keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini kira-kira 8.30 pagi tadi untuk membawa beliau ke mahkamah bagi menghadapi pendakwaan berhubung kes rasuah projek terowong dasar laut di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion. Kenderaan Proton SUV X70 yang dinaiki Lim diiringi kereta peronda polis dan motosikal pengiring. Petugas media berkumpul seawal 7 pagi bagi mengikuti perkembangan kes Lim yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu. Lim ditahan SPRM kira-kira 9.30 malam… Read More