Komuniti | Mangsa Banjir Sungai Sekamat Terima Bantuan Banjir

Kuasa alam semulajadi adalah sesuatu yang bukan dalam kawalan manusia. Begitu juga kejadian banjir kilat yang melanda di sekitar Sungai Sekamat beberapa hari lepas. Hujan lebat di sini telah menyebabkan paras air sungai naik mendadak dan menjadi punca banjir. Seramai 20 orang mangsa dan wakil-wakil penduduk-penduduk kawasan sekitar Sungai Sekamat telah menerima sumbangan barangan keperluan asas daripada NGO Penggerak Komuniti Negara (PKN) Bangi. Sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Nation Of Women (NOW) Selangor, YB Dr Daroyah Alwi dan Pengerusi PKN Bangi, Dr Shatishkumar yang berlangsung di Kampung Sungai Sekamat, Kajang. _PPI

Prinsip Kesopanan dan Kesusilaan Rukun Negara dicabar.

Sungguh mendukacitakan pada ketika ulangtahun ke-50 Rukun Negara, tindakan segelintir anak muda menconteng lukisan mural Yang Dipertuan Agong dan pimpinan utama negara dengan perkataan ‘babi’ di Shah Alam kelmarin. Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia yang berteraskan lima prinsip utama. Prinsip kelima ideologi kebangsaan ini iaitu Kesopanan dan Kesusilaan bertujuan membentuk warganegara Malaysia yang bersopan santun dan bersusila. Konsep bersopan santun dan bersusila sangat penting dalam membentuk hubungan harmoni masyarakat yang berdisiplin, bermoral tinggi dan beradab. Sudah tiba masanya kerajaan bertindak serius atas kejadian yang berlaku di Shah Alam itu. Tindakan serius… Read More

Komuniti |Bengkel Kemahiran Perkukuh Ekonomi Wanita

Pasir Puteh, Kelantan Wanita menjadi teras penting dalam masyarakat luar bandar khusus bab pengurusan rumahtangga. Namun begitu mereka juga adalah penyumbang utama bagi membantu ekonomi keluarga. NGO PKN Negeri Kelantan bersama PKN Pasir Puteh telah memulakan inisiatif bagi pemerkasaan ekonomi wanita dengan penganjuran bengkel kemahiran. Baru-baru ini PKN Pasir Puteh telah mengadakan kelas kek yang disertai 60 orang peserta. Kelas ini mengajar dan memberi tips kemahiran pembuatan kek. Selain memperkenalkan kemahiran, kelas kek ini berupaya melibatkan penglibatan wanita luar bandar secara serius dalam bidang perniagaan kek. _PPI

Komuniti | Jualan Amal Bantu Tingkat Ekonomi Usahawan

Rahmat di sebalik bencana Covid-19 telah mengilhamkan usaha buat YBM Hajah Zuraida Kamaruddin mewujudkan program jualan amal barangan keperluan melalui Pejabat Parlimen Ampang. Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ketat bagi kawalan wabak telah memberi kesan besar kepada gaya hidup masyarakat dan ekonomi. Situasi tersebut tidak membantutkan ikhtiar gerak khidmat sosial di Ampang. Sejak PKP lalu sudah berlangsung lebih daripada lima siri program ini yang mendapat maklumbalas positif masyarakat setempat. Baru-baru ini, telah berlangsung program Jualan Amal Brangan Keperluan Asas di Pangsapuri Dato’ Ahmad Razali. Sebanyak 1000KG ikan dan 1000KG sayuran dijual… Read More