Bina muka sauk di hulu sungai elak pencemaran air, Zakaria Abdul Hamid

Walaupun menerajui FINAS, sebenarnya Zakaria Abdul Hamid adalah pakar dalam bidang ‘environment & planning’. Zakaria melalui satu tulisan beliau di FB telah mengemukakan cadangan mengatasi masalah pencemaran air sungai yang berlaku di Selangor. Dalam tulisan tersebut, masalah pencemaran bekalan air mentah berpunca daripada kegagalan perancangan menempatkan muka sauk (water intake point). Zakaria telah mencadangkan penyelesaian dengan membina semula muka sauk di hulu sungai yang jauh daripada petempatan manusia dan kawasan perindustrian. Kemudian air mentah tersebut dialirkan dengan sistem saliran paip ke loji-loji rawatan air (LRA) sedia ada. Menurut Zakaria lagi, walaupun ia… Read More

Kerjasama Bomba & Pejabat Parlimen Ampang bantu penduduk salur bekalan air

19 Oktober, Ampang: Gangguan bekalan air tidak berjadual akibat pencemaran air Sungai Selangor telah menyebabkan operasi Loji Rawatan Air Sungai Selangor telah dihentikan seawal pagi. Pengguna-pengguna bekalan air di Lembah Kelang paling terjejas akibat henti operasi LRA Sungai Selangor oleh Air Selangor yang turun melibatkan kawasan-kawasan dalam Parlimen Ampang. Pejabat Parlimen Ampang telah menggerakkan langkah kecemasan dengan kerjasama Jabatan Bomba Ampang memberi bantuan air bersih malam tadi. Bantuan air bersih itu bermula sejak 5:00 petang hingga tengah malam di Taman Tasek Tambahan, Kampung Dato Mufti Shuib, Pandan Indah, Taman Kosas dan beberapa… Read More

Today In History: Bomb blast in KL injures eight

19 October 1973, Kuala Lumpur: A bomb explosion outside the Lincoln Cultural Centre injured seven city council workers and a passer-by. Police believed the bomb was planted among vegetables in a plastic pail outside the centre minutes before it exploded. Police did not establish a motive immediately but the centre was the target of student demonstrations a few days earlier against US involvement in Arab-Israeli war. Source: Chronicle of Malaysia

Subang Jaya diisytihar sebagai bandaraya

20 Oktober 2020, Shah Alam: Subang Jaya diisytihar sebagai bandaraya hari ini. Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari dalam kenyataan media rasmi memaklumkan perkenan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Al-Haj status Subang Jaya sebagai bandaraya dan naiktaraf Majlis Perbandaran Subang Jaya kepada Majlis Bandaraya Subang Jaya. Subang Jaya menjadi bandaraya ketiga dalam Daerah Petaling selepas Shah Alam dan Petaling Jaya. Bandaraya Subang Jaya meliputi beberapa kawasan perbandaran utama dalam Majlis Bandaraya Subang Jaya iaitu Subang Jaya, Bandar Sunway, Bandar Puchong Jaya, Bandar Kinrara, Seri Kembangan dan Sri Serdang.