Kem Mahathir umum jadi blok bebas bersama Warisan

Mereka juga memaklumkan bahawa tidak akan bergabung dengan PH mahupun bersama PN yang diterajui Muhyiddin. Enam anggota parlimen Bersatu yang setia kepada Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan bahawa mereka akan kekal bersama Warisan sebagai blok bebas. Mereka juga memaklumkan bahawa tidak akan bergabung dengan Pakatan Harapan yang diketuai oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mahupun bersama Perikatan Nasional yang diterajui oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin. “Kami membuat keputusan untuk kekal bersama Warisan sebagai blok bebas di dalam dan di luar Parlimen. Kamitidak bergabung dengan mana-mana gabungan. “Kami juga menentang sebarangusaha untuk menggantikan… Read More

Kes Adib: Panggil Semula Saksi, Kesan Pembunuh Sebenar

Rakyat negara ini masih menanti tindakan tegas kerajaan dalam Kes Adib yang menjadi tumpuan hangat masyarakat. Pada masa sama, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin tegas meminta Polis DiRaja Malaysia untuk memanggil semula saksi kes. Beliau antara pimpinan politik yang mengikuti rapat Kes Adib. Memetik kenyataan beliau dari BH Online pada 3 Julai 2020 lepas sebagai berkata, Polis Diraja Malaysia perlu memanggil semula semua saksi kes berkenan bagi mengesan pembunuh sebenar. “Kes Adib sudah disahkan sebagai kes jenayah dan bukannya kemalangan. Bagaimanapun, hasil siasatan polis sebelum ini tidak dapat… Read More

Bukit Aman ambil keterangan 6 kakitangan Al Jazeera

Enam kakitangan Al Jazeera dipanggil ke Bukit Aman pagi ini untuk diambil keterangan mereka berkaitan dengan episod dokumentari ‘101 East’ yang menggambarkan penganiayaan terhadap pendatang tanpa izin oleh pihak berkuasa Malaysia semasa perintah kawalan pergerakan (PKP). Mereka tiba di pejabat Bukit Aman pada pukul 8.50 pagi sambil diiringi oleh tujuh peguam yang diketuai oleh Hisham Teh Pok Teih. Antara yang dipanggil termasuk wartawan Al Jazeera Drew Ambrose. Lima yang lain turut terlibat dalam penghasilan dokumentari selama 25 minit itu. Pengurusan Al Jazeera malam tadi mengatakan pihaknya mempertahankan dokumentari kontroversi itu dan menyatakan… Read More

Al Jazeera nafi dokumentari mengelirukan, tidak tepat

KUALA LUMPUR: Agensi media antarabangsa, Al Jazeera menafikan dakwaan dokumentarinya bertajuk ‘East 101: Locked Up in Malaysia’s Lockdown’ sebagai tidak tepat, mengelirukan serta tidak adil. Dalam satu kenyataan malam tadi, agensi berita itu menegaskan bahawa laporan menerusi dokumentari terbabit berpegang kepada profesionalisme, kualiti dan kewartawanan yang tidak berat sebelah. “Episod ‘Locked Up in Malaysia’s Lockdown’, mengandungi pandangan dan pengalaman individu daripada pelbagai latar belakang, termasuk doktor dan petugas barisan hadapan Malaysia. “Al Jazeera mengiktiraf bahawa tindakan Malaysia berjaya membendung penularan COVID-19. Program itu jelas menunjukkan, usaha kemanusiaan dilakukan oleh organisasi Malaysia yang… Read More