Perintah kuarantin: Polis buka kertas siasatan terhadap Guan Eng

GEORGETOWN – Polis mengesahkan telah mnembuka kertas siasatan terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang didakwa melanggar perintah kuarantin kendiri pada minggu lalu. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Suhaily Mohd Zain berkata, kertas siasatan dibuka selepas polis menerima beberapa laporan yang ibuat terhadap bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu. Menurutnya, polis akan menyoal siasat Guan Eng selepas beliau tamat proses kuarantin kendiri pada 10 September ini. “Kita akan panggil beliau untuk disoal siasat selepas tamat tempoh kuarantin yang berakhir pada esok. “Setakat ini, pihak polis menerima tiga laporan mengenai isu… Read More
Najib gagal singkir Sri Ram dalam kes pinda laporan audit 1 MDB

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Najib Razak untuk menggugurkan pendakwa raya ad hoc, Gopal Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan meminda laporan audit 1MDB. Panel tiga hakim yang diketuai Yaacob Md Sam berkata, tiada kesilapan “appealable” yang dilakukan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan dalam menolak permohonan bekas perdana menteri itu. “Kami mendapati tiada merit dalam rayuan, oleh itu kami menolak rayuan ini dan perintah Mahkamah Tinggi disahkan” katanya. Hakim lain adalah Abu Bakar Jais dan Che Mohd Ruzima Ghazali Sumber : FMT
Pemandu lori rempuh 5 kenderaan direman 4 hari

Pemandu lori yang merempuh lima kenderaan dalam kemalangan jalan raya di Jalan Ipoh di Kuala Lumpur semalam, direman empat hari. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Sarifudin Mohd Salleh dalam kenyataan hari ini berkata reman terhadap lelaki berusia 25 tahun itu bermula hari ini. Sarifudin berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 44 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Semalam, pemandu lori yang positif dadah itu ditahan selepas kenderaan dipandunya merempuh dua kereta Perodua Myvi serta Proton X70, Honda HRV dan Peugeot 208 FL pada 2.40 petang. Dalam kejadian itu, seorang… Read More
Polis gagal reman, pengasas Rumah Bonda dibebaskan

Kuala Lumpur: Polis gagal mendapat perintah reman terhadap pengasas Rumah Bonda, Setapak di sini, hari ini untuk membantu siasatan kes penderaan seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU). Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abdul Jalil Hassan berkata, permohonan reman terhadap wanita berusia 29 tahun itu dibuat hari ini di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas ditahan semalam.null Menurutnya, wanita berkenaan ditahan pada 10.36 pagi di kediamannya di Wangsa Maju dan polis membuat permohonan reman hari ini namun mahkamah tidak meluluskan permohonan berkenaan dan kemudiannya membebaskannya. “Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)… Read More