PeoplePostInsider

Keluar UPKO: ‘Kami mulakan gendang dipalu, ramai akan ikut’ – ADUN Sugut

‘Lebih ramai akan bertindak keluar daripada parti pemerintah kerajaan negeri dalam tempoh terdekat ini.’

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sugut, Datuk James Ratib berkata, pihaknya menjangkakan lebih ramai akan keluar mengikut jejak langkahnya dalam tempoh sehari dua ini.

Sebelum itu tengah hari tadi bertempat di Jalan Lintas, Penampang, James bersama rakannya, Datuk Limus Juri (ADUN Kuala Penyu) dari parti UPKO mengumumkan keluar parti dan seterusnya menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Saya yakin dalam masa satu atau dua tiga hari ini, akan lebih ramai akan menyusul.

“Kami bersama YB Limus, daripada parti UPKO yang memulakan gendang dipalu,” katanya.

Dalam sidang media berkenaan, James dan Limus turut mendedahkan antara alasan mereka bertindak demikian adalah disebabkan tidak sehaluan dengan kerajaan negeri.nullBahkan, James dalam sidang media yang sama turut memaklumkan kesediaan mereka untuk menerima semula kepimpinan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, sebagai peneraju kerajaan negeri ini semula.

“Ya, kalau Tan Sri Musa mendapat sokongan, daripada kalangan semua YB (Yang Berhormat) , why not? kita kena follow, sebab kita mahu kerajaan yang memerintah, kita tidak mahu pembangkang sebenarnya,” katanya.

Sementara itu, dalam sidang media sama juga, Limus turut memaklumkan bahawa pihaknya amat berterima kasih terhadap pucuk pimpinan UPKO dan kerajaan negeri dibawah Parti Warisan Sabah (Warisan) yang memberi peluang kepadanya memberikan perkhidmatan selaku wakil rakyat di Kuala Penyu sebelum ini.

Sumber : Astro Awani

DBKL tutup 127 premis warga asing

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah mengambil tindakan menutup 127 premis yang dikendalikan warga asing di sekitar ibu negara sehingga 7 Jun lalu.

Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Khairul Azmir Ahmad berkata, sebanyak 93 premis melibatkan perniagaan kedai baju, pasar mini, kedai perabot, kedai serbaneka, produk jamu dan lain-lain.

Menurutnya, turut dikenakan tindakan penutupan 17 restoran, 14 kedai alat telekomunikasi, dua gerai dan kios makanan dan satu pusat cucian kereta.

“Kebanyakan premis didapati disewakan warga tempatan iaitu pemilik lesen kepada warga asing.

“Bila kita serbu premis, warga asing ini akan beri macam-macam alasan kononnya mereka hanya pekerja dan pemilik kedai keluar solat, pergi beli barang dan sebagainya.

“Sekarang ini dalam tindakan penguatkuasaan dijalankan, memang kita akan ambil tindakan penutupan kedai sekiranya terdapat peniaga atau pembantu warga asing di dalam premis.,” katanya kepada Sinar Harian.

Khairul Azmir berkata, tindakan DBKL akan terus dijalankan dari semasa ke semasa.

“Selepas tindakan lebih tegas diambil, pihaknya mendapati kini pemilik kedai mula munculkan diri dan menjaga premis masing-masing. Nampak memang ada perubahan apabila pemantauan dan penguatkuasaan dijalankan secara berterusan.

“Tindakan diambil di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) dan akan dijalankan dari semasa ke semasa,” katanya.

Terdahulu, DBKL memaklumkan akan bertindak tegas dengan menguatkuasakan UUK sedia ada bagi memastikan tiada warga asing terlibat dalam industri perniagaan khususnya sektor penjajaan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, dalam perancangan aktiviti perdagangan dan perniagaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, DBKL menghadapi kebanjiran peniaga warga asing khususnya di sektor tred, perniagaan dan industri serta penjajaan.

Katanya, DBKL akan menjalankan tindakan penguatkuasaan yang turut membabitkan agensi lain termasuk Jabatan Imigresen Malaysia.

Sumber : Sinar Harian

Kes positif kunjung-mengunjung Aidilfitri bertambah

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan berlaku pertambahan kes positif Covid-19 bagi aktiviti kunjung-mengunjung pada Aidilfitri yang lalu menjadikan keseluruhan dua kes hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, siasatan masih dijalankan melibatkan mereka yang terdedah dengan kes berkenaan.

“KKM sedang menyiasat kontak rapat kepada kes ke-7756 iaitu seramai 43 orang tetapi 42 daripadanya negatif manakala yang positif ialah kes ke-8439.

“Kesemua kontak rapat kes tersebut sudah diasingkan dan siasatan masih dijalankan,” katanya pada sidang media harian Covid-19 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan bahawa pihak hospital masih menjalankan siasatan berhubung kematian ke-120 semalam membabitkan wanita warganegara Malaysia berusia 96 tahun dari Sabah.

“Pihak hospital memerlukan masa untuk melengkapkan laporan sebelum dikemukakan kepada KKM,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham menasihatkan orang ramai lebih bertanggungjawab dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan KKM.

“Masyarakat perlu mengamalkan langkah-langkah pencegahan dan menggunakan maklumat terkini yang dikeluarkan KKM.

“Majikan dan pemilik kedai makan juga diingatkan supaya dapat memastikan pelanggan mereka tidak merokok di dalam restoran.

Katanya, KKM sentiasa melakukan pemantauan berhubung perkara itu bagi memastikan mereka tidak merokok di restoran dan tempat awam.

“Kita memerlukan kerjasama rakyat Malaysia kerana ini juga salah satu daripada pemerkasaan komuniti untuk melaksanakan tindakan seperti disarankan KKM,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Buat Pertama Kali, Jumlah Kes Aktif Dengan Kebolehjangkitan Covid-19 di Bawah 1,000 Kes – Dr Noor Hisham

Hari ini, satu lagi rekod dicatatkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) apabila Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham mengumumkan buat pertama kali jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah di bawah 1,000 iaitu 986 kes.

Hari ini juga Malaysia sekali lagi mencatat satu digit kes positif baharu apabila hanya 8 kes yang dikesan positif. dari 8 kes tersebut, 2 daripadanya adalah kes import. Manakala, 6 lagi kes adalah penularan tempatan.

Daripada kes tersebut, 2 daripadanya adalah warganegara Malaysia dan selebihnya adalah bukan warganegara dari Kluster Tapak Pembinaan Kuala Lumpur 2.

Dukacita juga dimaklumkan bahawa terdapat 1 kes kematian dicatatkan hari ini yang melibatkan lelaki warga emas yang mempunyai rekod penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan buah pinggang.

Sumber : Siakap Keli