PeoplePostInsider

Buat Pertama Kali, Jumlah Kes Aktif Dengan Kebolehjangkitan Covid-19 di Bawah 1,000 Kes – Dr Noor Hisham

Hari ini, satu lagi rekod dicatatkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) apabila Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham mengumumkan buat pertama kali jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah di bawah 1,000 iaitu 986 kes.

Hari ini juga Malaysia sekali lagi mencatat satu digit kes positif baharu apabila hanya 8 kes yang dikesan positif. dari 8 kes tersebut, 2 daripadanya adalah kes import. Manakala, 6 lagi kes adalah penularan tempatan.

Daripada kes tersebut, 2 daripadanya adalah warganegara Malaysia dan selebihnya adalah bukan warganegara dari Kluster Tapak Pembinaan Kuala Lumpur 2.

Dukacita juga dimaklumkan bahawa terdapat 1 kes kematian dicatatkan hari ini yang melibatkan lelaki warga emas yang mempunyai rekod penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan buah pinggang.

Sumber : Siakap Keli

“Hebak mu Syahmi”

YOUTUBER popular, Syahmi Sazli kini sudah bersedia mengarahkan filem sulungnya berjudul Mael Totey The Movie.

Syahmi berkata, langkah baru itu mustahil dapat dikecapi tanpa sokongan semua peminat yang mengikuti perkembangan dirinya di saluran YouYube.

“Sedikit kejayaan yang saya kecapi sekarang ini bukan 100 disebabkan kepandaian, bakat atau usaha, tapi boleh jadi sebab doa daripada orang yang mengenali saya, doa dari ‘followers’ (pengikut).

“Jadi, saya nak minta sahabat followers doa untuk kejayaan Mael Totey The Movie yang akan mulakan penggambaran pada 12 Julai ini.

“Insya-Allah, apabila kita berdoa untuk orang lain, malaikat akan turut berdoa dengan doa yang sama untuk awak,” katanya.

Perkongsian di Instagram itu menerima lebih 74,000 tanda suka daripada peminat.

Tidak terkecuali dia turut mendapat komen daripada rakan artis antaranya Angah Raja Lawak dan Datuk Profesor Dr A Razak Mohaideen.

Syahmi mula mencipta kejayaan di YouTube menerusi drama pendek arahannya yang menampilkan pelakon terdiri daripada golongan istimewa seperti Asif dan Yoe Parey.

Mereka bertiga turut membintangi filem Syif Malam Raya arahan Razak yang mencatat kutipan lebih RM3 juta yang disiarkan menerusi saluran Astro First.

Sumber : Harian Metro

Amirudin Umpama Orang Gila Menyanyi Dalam Telanjang

Ketika ini Amirudin Shari kelihatan ‘gagah’ kerana beliau berkeyakinan kuat mempunyai sokongan padu semua 41 adun PH dan sekutu termasuk dokongan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Namun jangan lupa, Amirudin naik atas hasil usaha Azmin Ali. Bukan kerana dia ada karisma tersendiri.

Pemilihan parti di Gombak pun Azmin tak bertanding mempertahankan jawatan ketua cabang, laluan diberikan kepada Amirudin untuk memimpin Cabang Gombak. Begitu tinggi kepercayaan Azmin terhadap Amirudin.

Amirudin bukan seperti Azmin. Dia mahu membina kelainan di Selangor. Dia nak padam legasi Azmin. Atas sebab itu ada inisiatif-insiatif IPR dilupus dan distruktur semula. Tetapi hasilnya mendatangkan kesan buruk kepada rakyat.

Selepas itu Amirudin lantik kawan-kawan karib beliau yang rata-rata kaki gebang dan tak pandai buat kerja duduk dalam agensi negeri.

Baru-baru ini kelihatan Amirudin menggerakkan jelejah dalam Cabang Gombak. Itu tanda besar dia sudah goyang. Sebelum ini dia rasa selesa. Tiada siapa di Gombak berada belakang beliau lagi.

Adun Gombak Setia, Hilman Idham pun sudah dipecat oleh PKR. Hilman ada sokongan akar umbi. Dia tetap selamba buat gerak kerja tanpa mempedulikan status Amirudin sebagai Ketua Cabang Gombak atau MB Selangor. Rata-rata anggota AMK Gombak di bawah gerakan Hilman.

Peringkat cabang pula, 70 peratus pimpinan adalah orang Azmin, bukan wujud atas dasar kredibiliti Amirudin.

Tanpa sokongan dan dokongan Azmin, Amirudin akan kecundang. Jangan lupa lagi, ketika Azmin naik menjadi MB MB Selangor dulu, kecaman dan asakan kiri kanan depan belakang cukup hebat. Azmin berjaya buktikan dia adalah MB terbaik. Masuk tahun 2016, Azmin tampil dengan pelbagai inisiatif mesra rakyat. Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) adalah model ekonomi dan kesejahteraan sosial yang mantap. Isu-isu rumah terbengkalai sejak zaman BN pun Azmin berjaya selesaikan. Terbukti semasa PRU14, PKR menang besar di 21 Dun dan PH menang 51 daripada 56 dun. Ini hasil tangan Azmin. Amirudin sekadar menumpangkan legasi Azmin.

Apabila sudah ada gerakan daripada Amirudin untuk membunuh rakan-rakan politik dalam blok Azmin, Amirudin sudah siap sedia menempah jalan sukar. Bersekongkol dengan Anwar lebih mendatangkan petaka ke atas diri yang bakal mengheret dia ke neraka politik.

Salah lelaki, Betul perempuan

KENAPA lelaki Salah, perempuan pula Betul? Perkara terbabit ada benarnya apabila Muhammad Salah adalah seorang lelaki yang kini cukup terkenal sebagai pemain bola sepak Liverpool iaitu pasukan yang bakal diumumkan juara Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk musim ini.

Namun, siapa pula Betul? Ramai yang tidak tahu terdapat dua individu wanita menggunakan nama terbabit iaitu pembantu pengadil Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) Betul Nur Yilmaz dan atlet pingpong Turki, Betul Nur Kahraman.

Sudah tentu lelaki adalah ‘Salah’ manakala wanita sentiasa ‘Betul’ dan perkara terbabit mula mendapat perhatian umum terutama kepada pengguna media sosial sekarang ini.

Pemain bola sepak yang berasal dari Mesir itu tidak perlu diperkenalkan lagi kerana cukup dikenali antara bintang yang bepengaruh dalam EPL dan antara peledak berbahaya bagi Liverpool.

Manakala, Betul Nur Yilmaz pula ada pembantu pengadil yang juga adalah seorang guru dan pernah membantu atau terbabit dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah Wanita.

Selain itu, dia yang mula berkecimpung sebagai pengadil bola sepak turut terbabit dalam perlawanan Piala Dunia Wanita sejak tiga tahun lalu.

Sementara itu, Betul Nur Kahraman pula bergiat aktif sebagai pemain pingpong Turki selain turut menyambung pelajaran di sebuah universiti di Turki.

Namun, ketiga-tiga individu berkenaan tidak mengenali antara satu sama lain atau tidak pernah berjumpa.

Sumber : Harian Metro