PeoplePostInsider

Tok Pa Sahkan Ada Penjajaran Semula ECRL – Mustapa Mohamed

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed mengesahkan kerajaan ada membincangkan mengenai penjajaran semula untuk projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).

Menurut Mustapa, perbincangan itu ada dibuat kerajaan bagaimanapun tiada keputusan dibuat setakat ini.

“Ada perbincangan dari pihak kerajaan dengan pihak yang terbabit. Ini masih dalam proses perbincangan yang diketuai oleh Menteri Pengangkutan dan kita serahkan kepada Kementerian Pengangkutan untuk tangani perkara ini.

“Saya boleh sahkan ada perbincangan tapi keputusan lagi. Apa-apa keperluan oleh tanya kepada Kementerian Pengangkutan,” katanya kepada media selepas menghadiri Hari Banci Penduduk dan Perumahan 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pagi tadi.

Sumber : MalaysiaGazette

Foto : The Star

Khidmat Bomba Rentas Kehidupan

Tugas perkhidmatan bomba bukan setakat menyelamatkan nyawa manusia dan menanggani bencana, tetapi turut melibatkan haiwan.

Semalam pasukan bomba dan penyelamat Bagan Jermal, Pulau Pinang telah berjaya menyelamatkan 15 ekor kucing peliharaan dalam satu kebakaran sebuah unit apartment di Puncak Erskine, Tanjung Bungah.

Kebakaran yang berlaku pada jam 11:50 pagi itu telah menyebabkan kerosakan sehingga 30 peratus. Tiada mangsa yang cedera dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Sumber gambar: Harian Metro

_PPI

Bomba Tangkap Buaya Sesat Dalam Ladang Sawit

Kebetulan seminggu dua ini hujan turun lebat yang menyebabkan beberapa negeri berlaku banjir.

Jangan terkejut segala haiwan liar pun turut sesat dan hanyut masuk dalam kawasan manusia.

Seekor buaya ditemui di Kampung Linau Kecil di Batu Pahat semalam yang dipercayai tersesat dalam sebuah ladang sawit.

Pihak bomba dan penyelamat Balai Penggaram menggunakan peralatan pencerut serta tali menyelamat dengan mengikat bahagian kaki hadapan dan belakang serta mulut buaya.

Reptilia itu kemudian diserahkan kepada Jabatan Perhilitan Daerah Batu Pahat untuk tindakan lanjut.

Sumber gambar: BH

_PPI

Majlis Perbandaran Pengerang Sahut Cabaran Bandar Pintar

Bandar Pintar merupakan antara usaha penting kerajaan mewujudkan urustadbir cekap PBT selain pembangunan kemudahan dan inisiatif-insiatif kesejahteraan rakyat.

Selari dengan usaha Kerajaan untuk mewujudkan Bandar Pintar di Malaysia, Majlis Perbandaran Pengerang telah menyahut cabaran dan telah melaksanakan beberapa inisiatif antaranya adalah:

  1. 21 Smart CCTV
  2. Smart Traffic Light
  3. 20 unit Digital Bunting
  4. Smart Governance (PenggerangApps)
  5. 119 unit Smart Lighting
  6. Easy Electronic Tree Data Collection

Inisiatif-inisiatif bandar pintar ini diwujudkan dan dilaksanakan bagi matlamat memantapkan tadbir urus serta memperkasa penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.