PeoplePostInsider

Kunjungan Bomba Negeri, Kukuh Hubungan Bomba Sukarelawan

Bomba Sukarela merupakan sebahagian daripada unit masyarakat di ‘barisan hadapan’. Unit ini sebenarnya berperanan mengukuhkan semangat setiakawan dan muafakat masyarakat.

Hari ini, Pengarah Bomba Negeri Sembilan, Tuan Haji Hamdan dan wakil-wakil Jabatan Bomba Negeri Sembilan bersama Penyelaras Kepada Menteri KPKT Negeri Sembilan, Rosman Jonet telah berkunjung ke Balai Bomba Sukarela Pertang di Pekan Pertang, Jelebu.

Balai Bomba Sukarela Pertang mempunyai 21 anggota sukarelawan terlibat.

Unit sukarelawan ini telah ditubuhkan lebih 20 tahun dulu yang bermatlamat memupuk semangat intergrasi antara kaum.

Mereka turut meninjau kelengkapan balai bomba sukarelawan ini yang mempunyai sebuah jentera penyelamat dan kelengkapan asas bomba.

Lawatan julung kali ini dapat mengeratkan komunikasi dan kerjasama antara Jabatan Bomba Negeri dengan unit bomba masyarakat.

_PPI

Masyarakat Cina mula tolak DAP

KUALA LUMPUR – Satu persatu sikap DAP ‘dibogelkan’ selepas berada di kedudukan selesa sebagai kerajaan dahulu.

Ia bukan akibat khianat daripada pihak ketiga tetapi dilakukan oleh mereka sendiri seperti didedahkan Pengerusi Biro Media Baharu MCA Pusat, Lau Chin Kok.nullnull

Menurutnya, belang DAP semakin diketahui rakyat pelbagai kaum akibat kerakusannya sepanjang menjadi kerajaan Pakatan Harapan (PH) dari Mei 2018 sehingga Februari lalu.

Menurut beliau, rakyat semakin hilang kepercayaan kepada kerajaan PH kerana tindak-tanduk mereka tidak seperti sebuah kerajaan yang benar-benar hendak mempertahankan hak rakyat, tetapi lebih kepada kepentingan politik masing-masing.

“Masing-masing mempunyai niat tersembunyi apabila sudah menjadi kerajaan. Mereka lupa diri, lupa daratan dan seronok berada di kayangan.

“Keyakinan terhadap PH khususnya DAP mula tercalar apabila Barisan Nasional (BN) menang PRK Cameron Highlands dengan 12,038 undi, iaitu meningkat 1,731 undi, menewaskan calon PH dari DAP, M. Manogaran yang mendapat 8,800 undi, susut 910 undi.

“Rakyat juga tentu tidak lupa dengan insiden Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang ‘disekolahkan’ penduduk Cameron Highlands ketika berkempen,” katanya dalam status Facebooknya hari ini.

Menurut Chin Kok, pada hari kejadian itu, Kit Siang bersama calonnya, Manogaran telah disindir pengunjung sebuah restoran di hotel dekat Brinchang yang mendakwa PH menipu rakyat.

Katanya, mereka turut mengingatkan Kit Siang masyarakat Orang Asli memang sudah menjadi warganegara penuh.

“Mungkin kerana terlalu terdesak untuk menang di PRK Cameron Highlands, Kit Siang berjanji akan mewujudkan blueprint supaya Orang Asli boleh menjadi warganegara penuh jika PH menang.

“Kit Siang lupa Orang Asli memang sudah menjadi warganegara penuh di Malaysia,” katanya.

Chin Kok berkata, PH semakin tercabar apabila BN berjaya menewaskan mereka pada empat PRK lain termasuk kredibiliti parti itu tergugat setelah calonnya kalah lagi kepada Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng dalam PRK Tanjung Piai dengan majoriti besar.

Kata beliau, kemenangan Jeck Seng dari MCA itu pastinya membuka mata DAP rakyat menerima calon dari parti yang berwibawa bukan yang hanya pandai berkata-kata sahaja.

Antara PRK dimenangi BN selepas PRU-14 sekali gus membuktikan rakyat menolak PH dan DAP ialah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, apabila calon BN meraih 19,780 undi.

“BN juga mencatat kemenangan hatrik di Rantau, Negeri Sembilan dan Parlimen Kimanis di Sabah dengan majoriti lebih besar.

“Selepas kekalahan di Tanjung Piai, Setiausaha Agung DAP yang sama taraf jawatan presiden, Lim Guan Eng menyedari masyarakat Cina mula menolak DAP.

“Beliau ketika itu Menteri Kewangan tiba-tiba mengumumkan peruntukan RM30 juta setahun dalam tabung amanah yang dikendalikan Persatuan Alumni Tunku Abdul Rahman (TAA) untuk Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC),” ujarnya.

Untuk makluman, katanya, TAA adalah persatuan pro Guan Eng bukan pemilik sah TAR UC.

Lagi pelik, apabila Guan Eng dalam Bajet 2020 telah mengurangkan peruntukan untuk TAR UC yang diasaskan MCA dari RM5.5 juta kepada RM1 juta.

“Guan Eng kata, kerajaan PH boleh memberikan RM30 juta kepada institusi itu jika MCA melepaskan pemilikannya terhadap TAR UC tetapi selepas kalah di Tanjung Piai, beliau terus berubah fikiran dan baharu Guan Eng tahu pengundi Cina telah beralih undi daripada PH.

“Cukup-cukuplah DAP. Rakyat sudah nampak permainan kamu. Orang Melayu, Cina, India, Orang Asli dan seluruh etnik di negara ini sudah mula mengenali wajah sebenar DAP,” katanya.

Sumber : MalaysiaGazette

53 motosikal, 8 kereta hangus

Sebanyak 53 motosikal dan lapan kereta yang diletakkan di kawasan tempat letak kenderaan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia, Kuala Lumpur, musnah dalam kebakaran, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 5.05 pagi.

“Seramai 24 anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju, BBP Gombak Selatan dan BBP Setapak dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, kami mendapati api sedang marak dalam kebakaran itu yang membabitkan 53 motosikal serta lapan kereta diletakkan di kawasan tempat letak kenderaan di perumahan berkenaan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya, kebakaran itu menyebabkan semua motosikal terbabit hampir 100 musnah, manakala 60 hingga 80 peratus kerosakan bagi lapan kereta berkenaan.

“Kebakaran itu berjaya dikawal oleh anggota bomba bertugas jam 5.25 pagi dan padam sepenuhnya jam 5.47 pagi.

“Kejadian ini tidak membabitkan mangsa dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Varian terbaharu COVID-19 semakin mudah berjangkit

KAJIAN saintifik terbaharu telah menemui bukti kukuh terdapat varian terbaharu virus COVID-19 dan ia telah tersebar dari Eropah ke Amerika Syarikat.

Mutasi baharu itu menjadikan virus berkenaan lebih mudah berjangkit tetapi tidak memberi kesan lebih teruk kepada mereka yang dijangkiti, kata pasukan penyelidik dari Institut Imunologi La Jolla dan Konsortium Imunoterapi Koronavirus, California.null”Sekarang, inilah bentuk dominan yang menjangkiti pesakit,” kata jurucakap mereka, Erica Ollmann, kepada CNN.

Kajian itu diterbitkan dalam jurnal Cell, berdasarkan beberapa kajian yang sudah dibuat pada awal tahun ini.nullPasukan itu tidak hanya membuat kajian berkaitan urutan genetik, tetapi juga eksperimen yang melibatkan manusia, haiwan dan sel yang menunjukkan versi mutasi itu mudah ditemui dan lebih mudah berjangkit.

“Virus ini lebih kuat. Sekali pandang, ia tidak nampak seperti berbahaya,” kata Saphire.

Mutasi terbaharu itu mempengaruhi spike protein, struktur yang digunakan virus untuk masuk ke sel yang dijangkiti.

Para penyelidik menamakan mutasi baharu itu sebagai G614, dan memaklumkan mereka tidak menemui bukti jangkitan virus itu akan menjadi lebih buruk.

Ini mungkin satu berita baik, kata Lawrence Young, seorang profesor onkologi perubatan di University of Warwick, United Kingdom.

“Kajian semasa menunjukkan varian G614 ini tidak bersifat lebih patogenik,” katanya.

“Jadi kita masih ada harapan dan kebolehrawatan pesakit masih tinggi walaupun ia semakin mudah berjangkit, “katanya dalam satu kenyataan.

Sumber : Astro Awani