PeoplePostInsider

Berita Ringkas: Hari Mengundi Awal PRK N58 Slim

Hari ini, 25 Ogos 2020 proses pengundian bagi pemilih awal PRK N58 Slim berlangsung yang melibatkan 267 orang pemilih.

Statistik Keluar Mengundi Awal Bagi Pilihan Raya Kecil N.58 SLIM pada jam 10.00 pagi :

Peratus Keseluruhan : 33%

Sumber: SPR

#video “Kesetiaan Anak Sarawak Kekal Kepada Malaysia”, Ali Biju

COVID-19: Tujuh kes baharu libatkan lima penularan dalam negara, dua import

KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Sebanyak tujuh kes baharu positif COVID-19 melibatkan lima kes penularan dalam negara dan dua kes import dilapor hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif wabak itu di negara ini sebanyak 9,274 kes sementara kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 184 kes.

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1873095

Berita Ringkas |Pokok Spesis Pupus Ditemui Semula di Terengganu

Spesies pokok Damar Hitam Siput Daun Besar atau nama saintifiknya Shorea kuantanensis yang dilaporkan pupus pada 2010, berjaya ditemukan semula di Taman Eko-Rimba Lata Tembakah yang terletak di Hutan Simpan Pelagat, Hulu Besut di sini.

Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) Datuk Mohd Ridza Awang berkata tiga batang pokok dari kumpulan kayu keras sederhana itu ditemukan semula pada Ogos 2014 oleh Mohd Nasir Mohd dan Salleh Endut yang ketika itu bertugas sebagai pegawai di jabatan itu.

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1873110