PeoplePostInsider

Harga RON95, RON97 turun 4 sen

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 turun empat sen seliter, masing-masing kepada RM1.68 dan RM1.98 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 31 Julai.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan harga runcit diesel juga turun lima sen seliter kepada RM1.82

“Penurunan ini dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses, selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini,” katanya.

Kenyataan sama menyatakan, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia, serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Sumber BH Online

Cadangan Kenaikan Elaun Tugasan, Penghargaan Kepada Bomba Bantuan

PUTRAJAYA: Kertas cadangan kenaikan elaun tugasan anggota bomba bantuan daripada RM6 kepada RM8 sejam sudah dilengkapkan dan akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri tidak lama lagi oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Cadangan kenaikan elaun tugasan ini bakal memberi manfaat kepada 25,000 anggota bomba bantuan seluruh negara.

Ini suatu langkah cukup bermakna buat para sukarelawan yang terlibat sebagai anggota bomba bantuan.

YBM Hajah Zuraida Kamaruddin diketahui umum antara menteri yang gigih mempertingkatkan khidmat pasukan bomba termasuk bomba bantuan yang juga barisan hadapan negara.

_PPI

Komuniti | Kerjasama Jabatan Bomba Negeri Sembilan dengan PKN Negeri Sembilan Anjur Ibadah Korban Perdana

23 Julai, Seremban 2: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan bakal menganjurkan Ibadah Korban Perdana pada 1 Ogos 2020 dengan kerjasama NGO Penggerak Komuniti Negara (PKN) Negeri Sembilan.

Semalam telah berlangsung mesyuarat penyelarasan yang dipengerusikan oleh Pengarah JBPM Negeri Sembilan, Tuan Haji Hamdan Ali bersama Penyelaras Kepada Menteri KPKT di Negeri Sembilan, Rosman Jonet merangkap Timbalan Pengerusi PKN Negeri Sembilan bagi membincangkan hal-hal penyelarasan dan persiapan program berkaitan.

Program Ibadah Korban Perdana ini akan diadakan di Ibupejabat JBPM Negeri Sembilan di Seremban 2.

Turut serta dalam mesyuarat penyelarasan ini adalah wakil-wakil PKN daripada Parlimen Kuala Pilah, Jempol dan Seremban.

_PPI

Sukan | Kebangkitan Penghujung Musim The Red Devils

Perlawan terakhir EPL yang bakal menjadi tumpuan hangat pada Ahad ini adalah pertemuan antara Leicester City dengan Manchester United.

Ketika ini, selepas 37 perlawanan The Red Devils menduduki tangga ketiga liga dengan 63 mata sama dengan Chelsea yang berada di kedudukan keempat liga. Kekalahan Chelsea kepada juara EPL, Liverpool telah memberi kelebihan buat The Red Devils mengekalkan momentum kebangkitan penghujung musim mereka.

Namun begitu, kedudukan Manchester United masih belum selamat kerana mereka wajib memenangi pertemuan dengan Leicester City. Kalah atau seri bakal menempatkan mereka samada kedudukan keempat atau kelima.

Walaupun memiliki mata sama, The Red Devils berkelebihan 28 jaringan berbanding Chelsea. Akan tetapi Chelsea dijangka tidak menghadapi masalah untuk mengatasi Wolves dalam perlawan terakhir nanti.

Jika Chelsea menang dan waktu yang sama The Red Devils seri atau kalah kepada Leicester City, The Blues bakal menduduki tangga ketiga liga. Sekiranya seri, Chelsea perlu berharap Leicester menewaskan The Red Devils.

Apakah kebangkitan penghujung musim Manchester United akan mencapai klimaks pada Ahad ini?

Nantikan pertembungan sengit Leicester-MU.