PeoplePostInsider

Sukan |Ibrahimovic sambung kontrak bersama Milan

ROME: Penyerang veteran, Zlatan Ibrahimovic menandatangani sambungan kontrak setahun bersama AC Milan, umum kelab gergasi Itali itu hari ini.

Pemain antarabangsa Sweden itu yang akan berusia 39 tahun pada Oktober, kembali menyertai Milan pada Januari dan akan kekal di San Siro hingga penamat Jun 2021

#BHsukan

Polis tahan pemandu dalam video tular insiden langgar lari

KUALA LUMPUR, 31 Ogos — Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang pemandu kereta yang dipercayai terlibat dalam kes langgar lari sebuah motosikal bersama pembonceng di Kilometer 56.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak menghala ke Kuala Lumpur pada Isnin. 

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata  video kemalangan itu tersebar luas di media sosial dan mencetuskan kemarahan netizen.

Beliau berkata pihaknya telah menjalankan siasatan berhubung maklumat video tular itu dan menahan suspek pada kira-kira 6.51 petang. BERNAMA

YDP Agong Titah Prinsip Rukun Negara Jadi Panduan & Amalan

31 Ogos, Putrajaya: Pagi tadi sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2020 berlangsung di Putrajaya.

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam titah diraja menekankan agar prinsip-prinsip Rukun Negara menjadi panduan serta amalan semua pihak termasuk pemimpin negara, kerajaan dan rakyat Malaysia keseluruhannya.

#VideoViral |Penunggang Motosikal Cedera, Dilanggar Kereta Di Lorong Kecemasan

31 Ogos, Lebuhraya Karak: Masuk lorong kecemasan secara mengejut.

Akibatnya penunggang motosikal cedera selepas gagal elak kereta yang tiba tiba masuk ke laluan kecemasan untuk elak dari kesesakan.

Kejadian berlaku di Lebuhraya Karak-KL menghala Plaza Tol Gombak, 3 petang tadi.

Kredit Video : Rassid