PeoplePostInsider

Walk The Talk, Never Walk Alone

Ini bukan slogan bolasepak tetapi Liverpool tetap bergelar juara EPL musim ini.

Ini adalah kisah kesungguhan kata-kata YBM Hajah Zuraida Kamaruddin menunaikan janji-janji membantu keluarga mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.

Beliau seorang yang tak suka menangguhkan sesuatu yang telah dijanjikan kepada rakyat. Ia segera mungkin diuruskan dan dilunaskan. Biar kesusahan rakyat dapat diringankan. Hati mereka tenang.

Sumbangan sewa rumah selama enam (6) bulan telah disampaikan oleh wakil beliau, Saudara Hamsah Djabir.

Moga berpanjangan kesejahteraan masyarakat dan usaha murni ini mendapat keredhaan Allah.

PKPB Sambung Atau Tidak, Tunggu PM Umum Hari Ini

Persoalan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilanjutkan atau tidak, dijangka diketahui hari ini menerusi perutusan khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengumuman yang bakal disampaikan itu tepat pada masanya memandangkan tempoh PKPB yang bermula 4 Mei lepas akan berakhir dua hari lagi iaitu pada 9 Jun.

Jika diimbas, sejak PKP dilaksanakan 18 Mac lepas dengan hanya perkhidmatan perlu dibenarkan, kerajaan kemudian memberi kelonggaran secara berperingkat kepada lebih banyak sektor ekonomi untuk beroperasi.

Terbaharu adalah perkhidmatan gunting, dandanan rambut dan kecantikan yang dibenarkan beroperasi mulai 10 Jun seperti yang diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media semalam.

Semestinya ia berita gembira untuk masyarakat, apatah lagi buat kaum Adam yang sering tertanya-tanya bilakah kedai gunting rambut akan dibuka. Mana tidaknya, lebih dua bulan tidak mendapat sentuhan pendandan rambut, pelbagai ‘gaya’ dapat dilihat dalam kalangan mereka sehingga ada yang menggunakan khidmat isteri sendiri untuk menggunting rambut.

Bagi wanita pula, khidmat kecantikan termasuk merias dan merawat kuku serta solekan dan rawatan muka juga dibenarkan beroperasi bermula pada tarikh sama.

Selain itu, peniaga di pasar terbuka, pasar pagi dan pasar malam serta bazaria di Wilayah Persekutuan kini boleh menarik nafas lega apabila premis berkenaan dibenarkan beroperasi mulai 15 Jun, tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Sama ada PKPB disambung atau tidak, normal baharu yang telah diamalkan sekarang seperti penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka dan penjagaan kebersihan termasuk kerap mencuci tangan tetap perlu diteruskan bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19.

Selain itu, elakkan tempat sesak, kawasan sempit dan elak sembang atau bertutur dengan jarak dekat seperti yang dinasihatkan oleh ‘jeneral perang COVID-19’, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah setiap hari.

Setakat semalam, jumlah jangkitan kes baharu positif COVID-19 masih kekal dua angka iaitu 37 kes dengan 10 kes melibatkan warganegara Malaysia.

Sumber: BERNAMA

Kebun Dalam Bandar

Pemandangan hijau dalam bandar yang selalu dipampangkan di Jepun, Taiwan atau Korea Selatan sesuatu yang mendamaikan.

Bayangkanlah dalam kepadatan urbanisasi di Taipei atau Seoul atau Tokyo masih wujud ruang mata kehijauan.Pagi tadi YBM Hajah Zuraida Kamaruddin telah datang melawat Kebun Kebun Bangsar.

Beliau nak tengok dengan mata sendiri pemandangan hijau hasil usaha masyarakat setempat.Sudah agak mengujakan buat masyarakat di situ apabila seorang menteri menghargai usaha mereka atas keinginan melestarikan kehijauan dalam lokaliti.

Mereka telah menyumbangkan inisiatif bagi menjayakan Dasar Komuniti Negara.

Semoga usaha masyarakat setempat seperti ini memberi inspirasi ilham dan teladan bermakna kepada warga bandar seluruh negara. Kita mampu menjadikan bandar kita seperti Taipei dan Seoul yang kekal segar dengan pemandangan hijau.

Jiwa kental gadis penghantar makanan

“Saya memilih kerjaya penghantar makanan kerana minat dengan motosikal sejak sekolah dan mempunyai lesen motosikal pada usia 17 tahun,” kata Farah Nur Syifa Abdullah, yang mesra dipanggil Fafa.

Fafa, 20, berkata, walaupun kerjaya itu didominasi kaum lelaki, ia tidak mematahkan semangatnya mencari rezeki sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai penghantar makanan.

Katanya, ramai pelanggan terkejut dan janggal ketika dia menghantar makanan kerana kebiasaannya penghantar makanan adalah lelaki.”Walaupun saya perempuan, layanan dan cara kerja tetap sama seperti penghantar makanan lain.

Saya perlu menghantar makanan kepada pelanggan dengan cepat, tidak kira cuaca panas terik atau hujan.”Saya pernah dimarahi pelanggan kerana lambat menghantar makanan kerana waktu itu pesanan terlalu banyak,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Gadis berasal dari Ipoh, Perak itu berkata, sejak mempunyai lesen motosikal, dia menjadikan kenderaan dua roda itu sebagai pengangkutan utama bagi memudahkan pergerakannya.Menurutnya, pada awalnya, ibu bapanya bimbang dengan keselamatannya sebagai penghantar makanan, namun dia membuktikan boleh menjaga diri dan sentiasa mengambil langkah keselamatan semasa menunggang.

“Saya sering mengikuti konvoi kapcai bersama kumpulan LC Super Spirit dan kali terakhir mengikuti kembara itu pada 5 Januari lalu.”Saya nekad menjadi penghantar makanan selepas tamat pengajian di GiatMara Taiping dalam Kursus Solekan dan Terapi Kecantikan kerana mengetahui peluang kerja terhad.

“Selepas tempoh praktikal tamat di salon dan spa kecantikan pada Mac lalu, saya memilih menjadi penghantar makanan sepenuh masa,” katanya.Menurutnya, pendapatan menerusi kerjaya itu agak lumayan berikutan permintaan tinggi sepanjang PKP dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Katanya, pada zaman ini, remaja tidak boleh memilih pekerjaan dan sebagai kaum wanita perlu berani meneroka pelbagai bidang.