PeoplePostInsider

Nga Kor Ming letak jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming, meletak jawatan berkuat kuasa serta-merta.

Perkara itu dimaklumkan Kor Ming dalam satu sidang media di Parlimen, sebentar tadi.

Beliau menjelaskan, keputusan berkenaan adalah sebagai simbol solidariti susulan keputusan Dewan Rakyat hari ini yang meluluskan usul mengosongkan jawatan Speaker Dewan Rakyat.

Sumber : BH Online

Lelaki bunuh kucing direman 4 hari

KUALA LUMPUR: Lelaki berusia 30-an yang membunuh tiga ekor kucing secara kejam dengan melemaskan haiwan itu dalam tiga mesin basuh di sebuah kedai dobi layan diri di Kepong, di sini, semalam direman selama empat hari.

Suspek terbabit diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar, malam tadi oleh penduduk yang mengenalinya, direman bagi membantu siasatan mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Perkhidmatan Veterinar Dr Zainita Mohd Noor, berkata bangkai kucing itu telah diambil untuk dibuat bedah siasat bagi penyediaan laporan awal.

“Ia masih dalam siasatan dan proses penyediaan kertas laporan siasatan sedang dibuat,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, seorang wanita mendedahkan dalam laman media sosial mengenai tindakan kejam individu yang membunuh tiga ekor kucing dengan cara dilemaskan dalam tiga mesin basuh di sebuah kedai dobi layan diri di Kepong.

Tindakan kejam itu dipercayai dilakukan seorang lelaki berusia 30-an kira-kira jam 5.30 pagi.

Lelaki terbabit yang didakwa kurang siuman dan hidup gelandangan selepas kematian ibu bapanya ditahan bagi membantu siasatan selepas ditemui penduduk di Aman Puri, Kepong.

Sumber : BH Online

Perkataan Kerap Digunakan Dalam Tema Hari Kebangsaan Sejak Tahun 1976

Tahukah anda, sejak tahun 1976 hingga kini ada beberapa perkataan yang kerap digunapakai dalam tema Hari Kebangsaan.

Perkataan-perkataan tersebut adalah;

  1. Bersatu (7x)
  2. Wawasan (5x)
  3. Berdisplin (4x)
  4. Maju (3x)
  5. 1Malaysia (3x)
  6. Rakyat (3x)
  7. Malaysiaku (3x)
  8. Malaysia (3x)
  9. Kemajuan (2x)
  10. Kejayaan (2x)
  11. Sehati Sejiwa (2x)
  12. Transformasi (2x)

Mohamad Ariff akhirnya digugurkan jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) akhirnya menang usul untuk menggugurkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof.

Keputusan itu dicapai selepas 111 Ahli Parlimen menyokong usul yang dibawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perkara itu diumumkan Timbalan Yang Dipertua, Datuk Rashid Hasnon.

Seramai 109 Ahli Parlimen pembangkang menyokong tidak setuju dengan usul berkenaan.

Seorang Ahli Parlimen tidak mengundi iaitu Ahli Parlimen, Kota Marudu, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili.

Persidangan Dewan Rakyat yang membuka tirai hari ini tertumpu kepada usul mengosongkan jawatan Yang Dipertua Dewan dan timbalannya.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Muhyiddin membentangkan usul bagi memilih bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun sebagai Yang Dipertua dan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai Timbalan Yang Dipertua mengikut Peraturan Mesyuarat 4(1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Sumber – MalaysiaGazette