PeoplePostInsider

Teori Kamal Hatta: Anwar Patut Tengok Cara Zuraida Jaga Akar Umbi

PKR khususnya Anwar Ibrahim patut tengok dan belajar cara Zuraida Kamaruddin menjaga pimpinan akar umbi di Parlimen Ampang.

PKR pada penghujung Febuari lepas telah memecat Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin dengan harapan kedudukan kedua-dua orang ini tersingkir daripada kerajaan.

Namun hasrat ‘Si Kitol’ dan gerombolan Kupai yang gigih membodek Anwar sudah silap membaca situasi.

Pedulikan kisah pemecatan itu, kita simpan untuk episod akan datang.

Akibat pemecatan Zuraida, turut tempias dipecat adalah orang-orang kuat Zuraida di Ampang. Sekaligus semua ahli majlis pro-Zuraida ditamatkan kontrak.

Akan tetapi tindakan itu langsung tidak ‘membunuh’ apatah lagi melupuskan kekuatan politik Zuraida Kamaruddin di Ampang.

Atas inisiatif beliau, orang-orang yang dipecat samada ahli majlis, ketua komuniti dan ketua mpkk dilantik semula yang dibiayai bawah Pejabat Parlimen Ampang. Ini gerakan luarbiasa. Bukan main-main atau gebang boombastik politik. Itu sebab Si Kitol dan gerombolan Kupai dalam PKR takut dengan kelebihan Zuraida. Mereka tau yang Zuraida berani lentung dan cakap serupa bikin.

Itu baru Ampang. Belum lagi satu negara. Anwar kena belajar hal begini kalau nak PKR kuat dan akar umbi setia. Tapi lain jadinya, Anwar lebih suka dengar bodekan dan hasutan Si Kitol dan gerombolan Kupai.

Sebelum itu, apabila Zuraida menggerakkan penubuhan NGO yang dinamai Penggerak Komuniti Negara (asalnya Penggerak Muafakat Nasional) menggelupur Si Kitol dan gerombolan Kupai. NGO ini telah ditubuhkan di setiap parlimen dalam masa yang pantas. PKR goyah tergugat sehingga mengeluarkan ketetapan rasmi memberi amaran mandatori kepada seluruh ahli PKR agar tak menyertai dan terlibat dengan NGO ini.

Aku nampak dari dulu lagi, Zuraida tak pernah nak buat ‘parti dalam parti’ semasa pegang jawatan Ketua Wanita dan Naib Presiden PKR. Dia bukan macam Rafizi dan Anwar yang memang tiada ‘grass root’. Dia dan Azmin tahu jika mereka berdua tubuh gerakan ‘parti dalam parti’, perpecahan dalaman akan meletus. Itulah dungu Anwar Ibrahim sebab percayakan kata-kata Si Kitol dan gerombolan Kupai pecat pemimpin yang sebenarnya penggerak utama PKR.

Aku ramalkan PKR akan tinggal hantu-hantu liar sebagai ‘penghuni setia’ parti ini.

Kalau aku nak bandingkan situasi semasa tahun 2009-2010 dulu, ada lima MP (Kulim Bandar Baharu, Bayan Baru, Nibong Tebal, Bagan Serai & Wangsa Maju) dan lima adun (Lunas, Bakar Bata, Changkat Jering, Behrang & Pelabuhan Kelang) yang keluar parti.

Sekarang belum cukup setahun antara Febuari sampai Jun 2020, PKR kehilangan 12 MP dan 13 adun ketika Anwar sebagai presiden parti.

Ini akibat Anwar tak pandai jaga pimpinan akar umbi dan tunjang kekuatan PKR.

Artikel ini adalah tulisan penulis bebas dan pandangan penulis tidak berkaitan dengan PPI

JBPM jalankan operasi sanitasi di bangunan Parlimen

Kerja-kerja sanitasi itu antara pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) Pelaksanaan Persidangan Parlimen dengan mengambil kira kebiasaan baharu untuk memerangi pandemik Covid-19.

Menjelang persidangan Dewan Rakyat yang dijadual bermula esok sehingga 27 Ogos ini, Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini menjalankan operasi sanitasi di bangunan Parlimen Malaysia.

Menurut status di laman Facebook Parlimen Malaysia, operasi sanitasi itu dijalankan dengan kerjasama Parlimen Malaysia dengan diketuai Penolong Pengarah Operasi JBPM Kuala Lumpur Khairul Azuwan Ibrahim serta 40 anggota bomba.

Kerja-kerja sanitasi itu antara pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) Pelaksanaan Persidangan Parlimen dengan mengambil kira kebiasaan baharu untuk memerangi pandemik Covid-19.

Menerusi gambar yang turut dimuat naik dengan status itu, kelihatan anggota JPBM menjalankan operasi sanitasi di Blok Utama Parlimen yang menempatkan Dewan Rakyat dan Dewan Negara meliputi setiap ruangan, termasuk tempat bersidang, lobi dan tangga.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meluluskan SOP Pelaksanaan Persidangan Parlimen dengan mensyaratkan pemakaian pelitup separuh muka, penyediaan cecair pembasmi kuman dan jarak sosial satu meter tempat duduk semasa persidangan.

Menurutnya, semua yang terlibat termasuk ahli Parlimen, pegawai kerajaan dan petugas media perlu menjalani proses pendaftaran menggunakan aplikasi MySejahtera serta saringan suhu badan sebelum dibenarkan masuk.

“Hanya ahli Parlimen dan pegawai dibenarkan masuk ke dewan persidangan manakala hanya petugas media dan penjawat awam dibenarkan berada di bangunan Parlimen,” katanya.

Sumber : Bernama

Prinsip pertama Rukun Negara cukup jadikan Malaysia makmur – ‘Uncle Kentang’

SHAH ALAM, 12 Julai — Setiap prinsip terkandung dalam Rukun Negara mempunyai maksud tersurat dan tersirat yang harus difahami dan dihayati untuk membentuk perpaduan yang kukuh dalam kalangan rakyat Malaysia.

Jika setiap rakyat negara ini mempunyai iltizam dalam mempraktikkan konsep yang terdapat dalam falsafah itu, pastinya matlamat Malaysia untuk terus menjadi sebuah negara yang harmoni, berdaya saing dan gemilang akan tercapai pada masa hadapan.

Bagi aktivis masyarakat Kuan Chee Heng, sekiranya rakyat benar-benar faham, menghayati dan mengamalkan prinsip pertama Rukun Negara iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, ia sudah cukup untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur.

Kuan, 57, atau lebih dikenali sebagai ‘Uncle Kentang’ berkata jika rakyat yakin dengan apa dijanjikan Tuhan sepertimana diterapkan dalam prinsip pertama Rukun Negara, sudah tentu mereka tidak akan berbuat jahat kerana sikap sedemikian hanya memberi kesan buruk kepada diri dan masyarakat.

“Semua penganut agama diajar ke arah kebaikan. Jika kita sentiasa amalkan ajaran agama, tiada yang buat jahat, dan tidak ada hasad dengki malah saling bertoleransi, Malaysia akan jadi negara aman. Rukun Negara sendiri meletakkan Kepercayaan kepada Tuhan paling utama kerana ia sangat menyeluruh,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

“Bila kita percaya kepada Tuhan, kita akan jadi orang yang baik kerana Tuhan tidak suruh kita buat jahat. Bila kita baik, kita jadi masyarakat baik,” katanya yang sering terlibat dengan aktiviti kebajikan tanpa mengira kaum mahupun agama.

Prinsip Rukun Negara, katanya diasaskan selepas peristiwa 13 Mei 1969 dan diisytiharkan pada 31 Ogos 1970, dibentuk dalam acuan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan masih berpegang dengan budaya Timur.

Tidak menafikan situasi semasa sering berubah seiring kemajuan teknologi ditambah pula dengan penggunaan meluas media sosial, Kuan berkata senario berkenaan telah menyebabkan isu sensitif seperti soal kaum dan agama mudah ditimbulkan pihak tidak bertanggungjawab.

Meskipun sentimen kaum kadang kala sering dimomokkan pihak tertentu, beliau percaya jika masyarakat Malaysia berpaksikan pada prinsip Rukun Negara, tahap perpaduan rakyat Malaysia tetap utuh dan tidak mudah melatah.

“Kita boleh lihat perpaduan rakyat semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, semua kaum masing-masing bantu sesiapa yang dalam kesusahan kerana kurangnya orang mengapi-apikan isu perpaduan.

“Daripada prinsip pertama hingga kelima, kita boleh lihat betapa rapinya susunan Rukun Negara. Ia sepatutnya bukan sekadar dihafal semasa perhimpunan di sekolah tapi harus diterapkan dalam kehidupan seharian,” katanya.

Memetik hadis, ‘Tidak sempurna iman, jika kau tidur dalam kekenyangan sedangkan jiran tetanggamu menangis kerana kelaparan’ sebagai pegangan, Kuan berkata pengajaran daripada hadis itu memberinya motivasi untuk terus membantu masyarakat yang kesusahan tanpa mengira bangsa mahupun agama.

Sumber – BERNAMA

Amitabh Bachchan dan anaknya, Abhishek Bachchan dilaporkan positif Covid-19!

Pelakon Bollywood lagenda Amitabh Bachchan dan anaknya, Abhishek Bachchan dilaporkan positif Covid-19!

Perkara ini dimaklumkan Amitabh Bachchan di laman Twitternya.