PeoplePostInsider

Dana Penyelenggaraan, Rentas Ideologi

Mungkin sebahagian kita tidak perasan, walaupun dalam anjakan radikal politik negara Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan kekal fokus menjalankan tugas tanpa mempedulikan batasan ideologi politik.

Terbukti sebagaimana di Pulau Pinang, sehingga Jun tahun ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah meluluskan sejumlah RM31.7 juta dana penyelenggaraan untuk Pulau Pinang.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Negeri, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, 75 projek penyelenggaraan telah diluluskan di bawah empat dana persekutuan yang berasingan.

Ini cara YBM Hajah Zuraida Kamaruddin bekerja. Penyokong politik akan suka membuat kecaman tetapi daripada perspektif rakyat, beliau dilihat bekerja.

_PPI

Bakti Sosial

Penggerak Komuniti Negara Petra Jaya di Sarawak mengadakan Program Baju Terpakai untuk orang awam menyumbang dan diedarkan kepada komuniti setempat yang memerlukan.

Ini suatu usaha yang positif untuk menggalakkan masyarakat terlibat dalam bakti sosial.

Jika di negara maju seperti Jepun, Taiwan atau Korea Selatan, bakti sosial begini sering dijalankan bagi mendekatkan masyarakat kepada hal-hal kebajikan sosial. Secara langsung akan membantu golongan yang tak berkemampuan.

Ada orang yang tak cukup kemampuan untuk membeli pakaian baru kerana kekangan pendapatan yang cukup-cukup makan.

Usaha bakti sosial begini sesuai dengan matlamat Dasar Komuniti Negara yang mahu memperkasakan komuniti.

Semua orang boleh terlibat secara percuma tanpa perlu bebanan modal sambil berbakti kepada masyarakat.

_PPI

Liverpool di ambang juara

LIVERPOOL: Liverpool semakin hampir untuk meraikan kejayaan muncul juara Liga Perdana Inggeris buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun selepas melakar kemenangan 4-0 ke atas Crystal Palace dalam aksi tertutup di Anfield, awal pagi tadi.

Skuad bimbingan Jurgen Klopp akan ditabalkan sebagai juara jika Manchester City gagal menewaskan Chelsea, awal pagi esok atau mencatat keputusan seri apabila mereka bertemu City 2 Julai depan.

Trent Alexander-Arnold, Mohamed Salah, Fabinho dan Sadio Mane masing-masing meledak satu gol buat The Reds dengan pasukan itu ketika ini berkelebihan 23 mata di tangga teratas liga.

“Bayangkan jika stadium ini penuh dan semua orang dapat merasainya secara langsung,” kata Klopp.

Sumber BH Sukan

Perkukuh Masyarakat Melalui Komuniti Hub

Perkembangan urbanisasi atau perbandaran baru di bandar-bandar utama seluruh negara telah turut mewujudkan kelompok baru masyarakat bandar yang kebanyakan terdiri daripada golongan B40.

Seiring dengan matlamat memperkasakan hubungan, interaksi dan pergaulan antara masyarakat bandar, Komuniti Hub telah diwujudkan bagi mengeratkan interaksi sosial dalam kalangan kejiranan.

Inisiatif itu adalah landasan untuk golongan B40 membina komuniti sihat selaras dengan Dasar Komuniti Negara dan Agenda Mampan.

Walaupun masyarakat bandar kian membesar jumlahnya, namun aspek kesejahteraan masyarakat tetap menjadi keutamaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan melalui Dasar Komuniti Negara.

Suasana sihat sosio-masyarakat yang mendokong semangat kejiranan mampu dilaksanakan dengan kelangsungan interaksi yang positif.

_PPI