PeoplePostInsider

Berjaya Tioman Resort hentikan operasi

KUALA LUMPUR: Berjaya Tioman Resort yang sudah beroperasi selama 50 tahun akan ditutup sepenuhnya bermula 15 Jun ini selepas terkesan dengan penularan COVID-19 dan alkan menjalani aktiviti pembangunan semula.

Pengurusanan kanannya dalam satu kenyataan berkata, semua kakitangan di resort itu akan diberhentikan dan akan diberi pampasan sewajarnya membabitkan kos RM8 juta.

“Adalah dengan berat hati diumumkan bahawa Berjaya Tioman Resort akan menghentikan operasinya berkuatkuasa 15 Jun ini, disebabkan oleh pandemik COVID-19 yang belum pernah terjadi sebelum ini, yang memberi kesan buruk kepada industri pelancongan.

“Sepanjang penutupan ini, pihak pengurusan akan menjalankan pembangunan semula yang amat diperlukan untuk menghidupkan semula resort ini, yang berusia lebih daripada 50 tahun,” katanya.

Beliau berkata, selepas selesai kerja pembangunan semula dibuat, pihak pengurusan akan mempertimbangkan untuk menawarkan peluang pekerjaan baharu kepada semua pekerja kami yang terjejas.

“Kami mengucapkan terima kasih di atas kesungguhan mereka untuk terus bersama dengan kami ketika di waktu susah dan senang,” katanya.

Berjaya Tioman Resort adalah sebahagian daripada portfolio yang dimiliki oleh Berjaya Land Bhd.

Di Malaysia, Berjaya Land turut mempunyai resort lain di Langkawi, pulau Redang, Bukit Tinggi, serta hotel di beberapa kawasan di Asia dan Eropah.

Kumpulan itu memiliki dan mengendalikan 13 hotel dan resort di dalam dan di luar negara.

Sumber : Berita Harian Online

5 remaja dituduh rogol gadis bawah umur

AYER KEROH: Lima remaja lelaki termasuk tiga di bawah umur didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan merogol secara berkumpulan dan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 16 tahun, Mac lalu.

Mereka yang berusia antara 15 hingga 19 tahun itu, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Mengikut pertuduhan pertama, semua tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan cara memeluk dan meraba badan mangsa yang berusia 16 tahun empat bulan ketika kejadian.

Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 14 (A) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, empat daripada tertuduh yang berusia antara 15 hingga 18 tahun didakwa melakukan rogol berkumpulan ke atas mangsa sama dan didakwa dibawah Seksyen 375B kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Seri Mas, dalam daerah Melaka Tengah kira-kira jam 12.12 tengah malam hingga 7 pagi, 12 Mac lalu.

Sementara bagi pertuduhan ketiga pula, tertuduh berusia 19 tahun didakwa melakukan persetubuhan ke atas mangsa sama di lokasi yang sama tanpa kerelaan mangsa, sembilan hari selepas kejadian pertama.

Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Prosiding yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hayatul Wirdah Mohd Yunos mencadangkan jaminan RM30,000 bagi setiap tertuduh berusia 18 dan 19 tahun, manakala RM15,000 bagi setiap tertuduh di bawah umur dengan syarat tambahan semua mereka dilarang menganggu mangsa serta saksi selain melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili Peguam, Cassian Anthony merayu supaya jumlah jaminan rendah diberikan kepada tertuduh.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh berusia 18 dan 19 tahun dijamin sebanyak RM7,000 setiap seorang manakala tiga yang lain RM5,000 setiap seorang.

Kes akan disebut semula pada 27 Julai depan.

Sumber : Berita Harian online

Orang ramai menyerbu Masjid Al Kauthar Tawau sebab menyangkakan boleh solat Jumaat di masjid

Suasana solat jumaat di Masjid Al Kauthar Tawau. Orang awam berebut2 mahu jadi jemaah solat jumaat. Allahuakbar.

Orang ramai menyerbu Masjid Al-Kauthar Tawau.

Mereka sangka boleh sudah solat juma’at hari ini setelah mendengar pengumuman Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri kelmarin.

Menurut pengumuman tersebut semua masjid , surau dalam Zon Hijau di WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA DAN LABUAN dibuka untuk solat juma’at dan solat berjemaah mulai 12 JUN, hari ini.


Di negeri Sabah dan negeri2 lain masih terikat SOP 40 jemaah sahaja.

Mungkin mereka tidak mendengar atau faham pengumuman itu dengan baik, Ada yang tidak faham, marah2 dan mencemuh petugas2 menjaga dipintu masuk. Bersabar, tunggu SOP baru dari Mufti negeri sabah dalam masa terdekat.

Rindu mahu solat jumaat. 😭

Cepatlah corona ni habis bah.

Sumber- Masjid Al Kauthar Tawau

Amaran Ribut Petir Dijangka Melanda Hampir Seluruh Semenanjung Malaysia Hingga 6 Petang

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir melalui laman rasmi Twitter mereka. Melalui imej yang dimuatnaik, hampir seluruh Semenanjung Malaysia dijangka berlaku ribut petir sehingga jam 6 petang ini.

Antara kawasan yang terjejas di adalah seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor dan sebahagian besar kawasan di negeri-negeri lain termasuk di beberapa kawasan di Sabah.

Pengguna jalan raya diminta berhati-hati ketika memandu dan pastikan keadaan tayar anda berada dalam keadaan yang baik susulan jangkaan kenaikkan peratusan kenderaan yang menggunakan lebuh raya utama negara untuk pulang ke kampung selepas kerajaan tidak lagi mengenakan sekatan rentas negeri dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Turut diingatkan kepada penunggang motosikal untuk merancang perjalanan anda dan elakkan menunggang ketika hujan lebat bagi mengelakkan kejadian tidak diingini daripada berlaku.

Sumber : jabatan meteorologi Malaysia