PeoplePostInsider

Rumah Mampu Milik Rawang

Menepati langkah pemulihan sesudah melalui fasa PKP, satu lagi projek pembangunan kesejahteraan rakyat dilancarkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Sebanyak tiga ribu unit rumah transit belia dan rumah mampu milik akan dibina hujung tahun ini.

Menariknya, unit rumah ini akan dibina melalui teknologi
pra-fabrikasi dan IBS bagi memastikan kelajuan dan kualiti terus terjamin.

Ini peluang terbaik untuk generasi belia dan golongan menengah memiliki rumah sendiri.

YBM Hajah Zuraida Kamaruddin kekal fokus kepada kerja-kerja kesejahteraan masyarakat seiring dengan Dasar Komuniti Negara.

Masih ada sinar harapan untuk gelandangan KL

KUALA LUMPUR: Di sebalik kegawatan penularan wabak COVID-19, jelas terpancar rasa gembira pada wajah 166 orang gelandangan yang selama ini hidup tanpa arah tujuan termasuk merempat di kota metropolitan Kuala Lumpur.

Mereka kini boleh berdikari menerusi program khas penempatan pekerjaan anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Kuala Lumpur dan 19 agensi lain.

Program tersebut dilaksanakan selepas gelandangan ini “diselamatkan” dalam operasi DBKL di beberapa kawasan termasuk sekitar Masjid India, Masjid Jamek, Masjid Negara dan Bangkok Bank semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lepas.

Setakat ini, seramai 70 daripada 166 orang gelandangan itu sudah mula bertugas di 7 buah syarikat termasuk McDonald’s, Jaya Grocer dan Tesco. Sementara 96 orang yang lain akan mengikuti program khas Projek Pembungkusan Sarung Tangan oleh Syarikat Top Glove Corporation Bhd.

Program ini akan dilaksanakan di Pusat Transit Gelandangan, Jalan Ampang dan Anjung Singgah, Jalan Hang Lekiu (pusat bandar Kuala Lumpur).

Setakat April lepas, DBKL menyelamatkan 864 gelandangan dan menempatkan mereka di 12 pusat komuniti dan dewan serbaguna yang dijadikan penempatan sementara.

Gelandangan dapat dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu penagih dadah, pesakit mental, pekerja yang tiada tempat tinggal dan juga penganggur yang tiada kediaman.

Nasib baik gelandangan ini amat melegakan namun persoalannya, apakah ia akan berterusan selepas PKP nanti?

Walaupun Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa memberi jaminan 800 gelandangan yang diselamatkan sepanjang tempoh PKP akan ditawarkan bekerja di sektor perkilangan atau pekerja am bagi memastikan golongan itu tidak kembali merempat selepas tamat tempoh PKP, ia masih menimbulkan pelbagai kerisauan.

Paling utama, sejauh mana peluang gelandangan ini, terutama wanita akan mendapat pekerjaan memandangkan prospek ekonomi diramal suram pasca pandemik Covid-19. Sebanyak 93% syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dijangka berdepan perniagaan tidak stabil dalam tempoh 6 bulan akan datang.

Ini kerana gelandangan juga terpaksa bersaing dengan mereka yang diberhentikan atau kehilangan pekerjaan. Menurut laporan media tempatan, pelaksanaan PKP bermula 18 Mac lalu untuk membendung penularan wabak Covid-19 memberi impak besar kepada lebih 650,000 majikan yang kedudukan mereka diibaratkan bagai telur di hujung tanduk. Sekurang-kurangnya juga 15,000 orang pekerja swasta sudah diberhentikan sejak Mac lalu.

Tidak menolak kemungkinan jumlah gelandangan akan bertambah dalam fasa pemulihan Covid-19 di samping keadaan mereka khususnya gelandangan wanita tidak akan lebih baik apabila PKP berakhir nanti, profesor madya di Jabatan Sosiologi dan Antropologi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Rohaiza Rokis bagaimanapun menjelaskan ia semua bergantung kepada sikap gelandangan itu sendiri.

“Pertambahan atau pengurangan jumlah gelandangan ini turut bergantung kepada sektor pekerjaan yang dipilih. Jika ia melibatkan sektor seperti pembersihan, mungkin gelandangan wanita tetap ada peluang pekerjaan dan mendapat gaji tetap untuk mereka meneruskan kehidupan. “Apa yang penting, jika golongan ini benar-benar ingin berubah kepada kehidupan yang lebih baik, mereka jangan memilih kerja,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pengalaman ditindas serta dimanipulasi oleh dalang atau sindiket mengupah gelandangan juga akan menjadi antara cabaran pihak kerajaan untuk memastikan golongan ini kekal bekerja walaupun ditawarkan gaji yang antara RM1,200 dan RM1,400.

Menurut Rohaiza, ada sindiket yang menjadikan gelandangan wanita yang bekerja dalam sektor pembersihan, warga emas, dan mereka yang sukar mencari pekerjaan di pasaran buruh formal sebagai sasaran untuk dimanipulasi dengan pilihan pekerjaan yang terhad serta bekerja berjam-jam dengan gaji rendah.

“Pada masa yang sama, kewujudan stigma terhadap mereka yang kehilangan tempat tinggal sering mengakibatkan golongan ini.

Sumber: Bernama

Khalid Ibrahim menghadap Sultan Selangor

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan bagi menerima menghadap bekas Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim pada 15 Jun 2020.

Menerusi kemas kini di laman Facebook Selangor Royal Office, pertemuan itu dikatakan berlangsung di Istana Bukit Kayangan selama kira-kira satu jam.

Difahamkan, Abdul Khalid memohon menghadap Sultan Selangor bagi beramah mesra bersempena dengan sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang diraikan baru-baru ini.

Selain itu, perjumpaan berkenaan juga dikatakan menjadi wadah bagi Sultan Selangor dan Khalid untuk bertukar pandangan serta buah fikiran.

Sebelum ini, Khalid pernah menjadi Menteri Besar Selangor dan mengangkat sumpah secara rasmi pada 13 Mac 2008 di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

Bagaimanapun, beliau melepaskan jawatan berkenaan pada 2014 setelah dipecat oleh kepimpinan PKR.

Selepas itu, Khalid dilihat tidak begitu aktif lagi berpolitik namun beliau banyak membantu jentera Pas dalam beberapa siri kempen pilihan raya sebelum ini.

Sumber : Sinar Harian

Dengue cases expected to rise nationwide, says Health Minister

PETALING JAYA: A rise in dengue cases is expected as the second wave hits Malaysia from early June and runs until September, says the Health Ministry.

Health Minister Datuk Seri Dr Adham Baba said from January up to June 13, there have been 50,511 cases of dengue fever and 88 deaths.https://tpc.googlesyndication.com/safeframe/1-0-37/html/container.html

Compared to the same period last year, there were 56,819 cases and also 88 deaths, said Dr Adham.

“The cumulative dengue fever cases for the period this year is less than in 2019.null

“However, since eight weeks ago, there has been a rising trend of an average 8% increase every week.

“Based on that trend, the Health Ministry is expecting a rise in dengue fever cases in the second wave, starting in early June and running until September,” he said in a statement on Monday (June 15) in conjunction with Asean Dengue Day 2020.

The theme “10 Minutes to Destroy Aedes” has been chosen for the national-level Asean Dengue Day celebration this year to spur community cooperation to curb dengue fever.

He said the theme brought the message that communities must spend at least 10 minutes per week to clean and destroy any breeding grounds for Aedes mosquitoes.

“These efforts will be beefed up with the involvement of Combi (Communication for Behavioural Impact) volunteers nationwide.

“Their role is to help the Health Ministry conduct dengue awareness programmes via the new normal approach,” he said.

As of June 12 this year, there were 2,954 Combi teams involving 25,231 volunteers nationwide.

Sumber : The Star