PeoplePostInsider

Keputusan Perlawanan Liga Super & Liga Perdana Malaysia

Berikut keputusan penuh perlawanan Liga Super dan Liga Perdana yang berlangsung malam ini.

LIGA SUPER
Pahang 2-3 JDT
Perak 0-1 Melaka
Felda 0-1 UiTM FC

LIGA PERDANA
Kuching FA 1-4 Selangor II
K. Lumpur 2-1 UKM FC
N. Sembilan 1-0 Terengganu FC II

Kenyataan Rasmi Zuraida Kamaruddin: LGE Jalankan ‘Direct Nego’ Dua Projek KPKT

Semalam saya telah memaklumkan bahawa saya akan menyiasat tuduhan daripada pihak pembangkang Pakatan Harapan berkenaan dua projek yang dianugerahkan secara
Rundingan Terus oleh KPKT.


Seperti yang dijanjikan, siasatan telah dijalankan dan kini saya umumkan penemuannya.


Projek yang dimaksudkan ialah Projek Sisa Pepejal Taman Beringin (bernilai RM170,294,400.00) dan Sistem Perisian Perakaunan Century (bernilai RM501,206.37).


Saya dengan ini mengesahkan bahawa Rundingan Terus tersebut telah dijalankan oleh mantan Menteri Kewangan sendiri, YB Lim Guan Eng.


Ini bertentangan sama sekali dengan permainan fakta yang cuba diputarbelitkan oleh pihak pembangkang Pakatan Harapan yang menuduh bahawa Rundingan Terus projek sisa pepejal Taman Beringin dimulakan oleh kementerian saya.


Penasihat Syarikat Bumi Segar Indah, Tamrin Tun Ghaffar, yang merupakan penyokong tegar Pakatan Harapan telah mewakili syarikat tersebut bertemu dengan Mantan Menteri Kewangan pada 28 November 2018.

Tamrin Tun Ghaffar

Pada pertemuan inilah Lim Guan Eng, bukan sahaja membincangkan tentang rundingan semula projek ini malah bersetuju untuk mengurangkan kos tipping fee 10% lebih rendah daripada kos asal, kononnya sebagai penjimatan untuk kerajaan.


YB Lim Guan Eng kemudian menasihatkan Bumi Segar Indah untuk menghubungi KPKT bagi membentangkan kertas cadangan formal.

Seterusnya, projek tersebut diluluskan oleh Kementerian Kewangan di bawah YB Lim Guan Eng dengan surat bertarikh 20 Februari 2019 dari Kementerian Kewangan kepada Ketua Setiausaha KPKT.


Begitu juga projek perisian Century yang turut melibatkan lima (5) Kementerian lain, turut diluluskan Kementerian Kewangan.


Saya berharap, pada masa hadapan pemimpin Pakatan Harapan dapat membuat sedikit penyelidikan tentang fakta sebelum mengelirukan orang awam.


Hajah Zuraida Binti Kamaruddin
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
28 Ogos2020

Rencana |MOF Luluskan Projek Stesen Sisa Pepejal Taman Beringin Semasa Era PH

Semalam, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Hajah Zuraida Kamaruddin telah diasak dengan isu 101 projek rundingan terus (RT) setelah pendedahan senarai berkaitan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul di parlimen.

Secara khusus, ia adalah projek membina, mengoperasi, menyelenggara stesen pemindahan sisa pepejal di Taman Beringin, Perak bagi menggantikan stesen pemindahan sedia ada yang telah uzur di taman tersebut.

‘Tipping fee’ asal adalah RM48 per tan di bawah kendalian Alam Flora.

Projek ini yang menjadi ‘bahan politik’ PH membantai Hajah Zuraida telah mendapat kelulusan Jemaah Menteri pada tahun 2017 (ketika pemerintahan Barisan Nasional) dengan cadangan pembinaan stesen pemindahan baharu ini melalui perolehan secara rundingan terus (RT).

Ketika itu juga, Kementerian Kewangan (MOF) juga telah meluluskan RT dengan rundingan harga dilaksanakan dan ‘tipping fee’ dipersetujui adalah RM49 per tan dengan mengambilkira ia merupakan fasiliti baharu.

Setelah berlaku perubahan pemerintah, kerajaan PH telah menetapkan supaya semua projek tender ditangguhkan dan disemak semula.

MOF telah membuat semakan semula projek ini dan bersetuju supaya ia diteruskan.

Kemudiannya MOF telah membuat rundingan semula harga dengan kontraktor terlibat dan kedua-dua pihak bersetuju dengan kadar tipping fee lebih rendah iaitu RM43.20 per tan.

Kontrak berlangsung selama enam (6) tahun dari tahun 2019 hingga 2025 termasuk; dua (2) tahun tempoh pembinaan (kos kontraktor) dan empat (4) tahun operasi.

Merujuk kepada penjelasan di atas, projek ini dibuat secara RT dengan kelulusan Kementerian Kewangan dan ia diteruskan bagi memastikan kelangsungan penyampaian perkhidmatan kerajaan yang berkualiti di samping memastikan kesejahteraan hidup rakyat terpelihara.

Lensa FINAS

#LensaFINAS

Dengarkan secara langsung di SabahFm pada 28 Ogos 2020, Jumaat bersama YBrs Tuan Zakaria Abdul Hamid, Pengerusi FINAS dan YBrs Encik Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS di frekuensi 89.9 FM / 104.5 FM sekitar Kota Kinabalu, Sabah