PeoplePostInsider

Bekas Setiausaha MCA Rompin sertai Gerakan, perkukuh Perikatan Nasional Rompin

9 April 2021, Kuala Rompin: Bekas Setiausaha MCA Rompin, Chu Jui Tun hari ini telah mengumumkan penyertaan beliau secara rasmi ke Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan).

Pengumuman Chu Jui Tun semasa Majlis Ramah Mesra Perikatan Nasional Rompin yang berlangsung di Kuala Rompin.

Chu juga akan mengetuai Gerakan Rompin. Penyertaan beliau secara politik memperkukuhkan kerjasama dan kedudukan Perikatan Nasional Rompin bersama Bersatu Rompin dan PAS Kawasan Rompin.

Pengumuman Chu tersebut turut disaksikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato’ Saifuddin Abdullah yang juga Pengerusi Perikatan Nasional Pahang merangkap Ketua Badan Perhubungan Negeri Bersatu Pahang.

Turut hadir ke majlis ini YDP Pas Rompin, Ustaz Nazri Ahmad dan AJK Pas kawasan, Pengerusi Gerakan Pahang, Ranndy Yap, Pengerusi Penggerak Komuniti Negara (PKN) Pahang, Zakaria Abdul Hamid dan beberapa pimpinan utama Bersatu bahagian. _PPI

RM8.9 juta diperuntuk untuk bersih, bangun semula tapak Highland Towers

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memperuntukkan sebanyak 8.9 juta untuk melakukan kerja-kerja pembersihan dan pembangunan semula di kawasan tapak Highland Tower, Selangor.

Menterinya, Datuk Zuraida binti Kamaruddin berkata, kementerian itu telah memohon peruntukan itu kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri untuk pengambilan tanah seluas hampir dua ekar itu.

Bagaimanapun, menurut beliau, kerja-kerja perobohan bangunan yang sedia ada dan pembersihan kawasan tersebut hanya boleh dilakukan selepas pembayaran pampasan tanah diselesaikan.

“Selepas kerja-kerja perobohan selesai, kawasan tersebut perlu dibersihkan serta diperindahkan. Projek-projek pembangunan yang bersesuaian akan dilaksanakan di atas kawasan tapak ini bagi mengoptimumkan penggunaan tanah sedia ada secara lebih efektif.

“Pembangunan semula tapak ini dan kerja-kerja pengindahan yang akan dilaksanakan pastinya akan memberi nafas baru dan mewujudkan persekitaran yang selesa.

“Suasana yang lebih ceria itu seterusnya akan dapat menjamin keselamatan dan kesejahteraan penduduk di sekitar kawasan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Salah satu blok daripada tiga blok Highland Towers runtuh pada 11 Disember 1993 dan meragut 48 nyawa.

Akibat tragedi itu, dua blok lagi telah dikosongkan atas faktor keselamatan.

Kawasan tapak ini telah lama terbiar ini kini menjadi sarang penagih dadah yang turut mengundang rasa kurang senang dan tidak selesa dalam kalangan penduduk setempat kerana wujudnya masalah sosial.

Zuraida berkata, bangunan lama yang telah lama ditinggalkan ini perlu dirobohkan dan dibersihkan bagi memberi laluan projek-projek pembangunan yang bersesuaian untuk manfaat khususnya bagi penduduk di kawasan sekitar. – MalaysiaGazette

Covid-19: Empat kes kematian, 1285 kes baharu positif harian

KUALA LUMPUR, 08 April: Setakat jam 12 tengah hari, Malaysia mencatatkan 1,285 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes positif di Malaysia 355,753 kes.

1,175 kes sembuh dilaporkan hari ini dan jumlah kumulatif kes sembuh adalah sebanyak 340,242 kes. Kadar kepulihan setakat ini adalah 95.64%

Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat 4 kes kematian direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes maut 1,308 kes.

KAMAL HATTA’S TEORY:PKR and Anwar Ibrahim should look and learn how Zuraida guard the grassrassroots leadership

PKR at the end of February had fired Azmin Ali and Zuraida Kamaruddin in hopes of their political careers buried, but the desires of sikitol,(Anwar’ nickname) and his sycophats had mistakenly read the situation.

As a result of the dismissal of Zuraida,also fired was the backbone of Zuraida’s team in pkr, all pro Zuraida council members were immediately terminated.

However,the sarcastic action by pkr does not kill the political forces,not to mention trying to eliminate the political power of Zuraida in Ampang.

On her own inisiatif, people who were sacked by the party either councillors,village leaders and community leaders were re-elected and financed by the Ampang Parliament.

This is an extraordinary movement,not just a politically bombastic stunt. This is one reason why Anwar feared the advantages of Zuraida.

He knew she would dare to bend and speak the same. This is just Ampang. Not yet a country. Anwar had to learn this if he wanted PKR strong and grassroits loyal.

After all since Anwar was in prison for sodomising,general knew It was Azmin Ali and Zuraida Kamaruddin who guarded and strenghtened PKR. Unfortunately for Anwar, he prefers to listen to sedition from his generals.

Previously when Zuraida mobilized the establishment of an NGO named ‘Penggerak Komuniti Negara’ of the nation,Anwar and PKR leadership waved defendants until issuing officials ruling warning members not to join or engaged with the NGO.This shows how scared Anwar is towards Zuraida Kamaruddin.

Zuraida Kamaruddin never wanted to do a ‘Party in the Party’ when she was the Head of PKR’s Women movement and Vice President of PKR as pointed out by some PKR leaders .She’s not like Rafizi Ramli or Anwar himself who doesn’t have strong grassroots.

Zuraida and Azmin knew PKR will fall apart and split if the Two Party movements be implimented.That’s Anwar’s stupidity firing leaders who are actually PKR main movers.

I predicted by the time the 15 th General Election,there were only wild ghosts,fools,lickers,pardoners and loyal residents in PKR.

Now that Azmin Ali and Zuraida Kamaruddin are fired,PKR is getting shaky and weaker each day. We have studied for ourselves since Anwar Ibrahim assumed the PKR Presidency to this day, how many PKR leaderships have jump ship (defected) away from the party.

This clearly shows Anwar Ibrahim is not a wise leader managing the party,let alone managing the country.