PeoplePostInsider

Malaysia Diiktiraf Sebagai Antara 5 Negara Terbaik Kawal Pandemik Covid-19 – Ismail Sabri

Dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang disampaikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri merangkap kepada Menteri Keselamatan Negara mengumumkan bahawa negara Malaysia antara 5 negara terbaik mengawal wabak pendemik Covid-19.

Semua sedia maklum bahawa pada awal perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan untuk membendung wabak ini agak sukar apatah lagi pandemik ini terpahat dalam sejarah hidup rakyat Malaysia.

“Katanya lagi, dengan kerjasama seluruh rakyat Malaysia dan pengorbangan besar anggota frontliners, kita telah berjaya mengawal jangkitan Covid-19 di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, kita telah berjaya menjadi satu negara contoh untuk mengekang wabak ini. ”

Negara telah mendapat pengiktirafan dalam satu tinjaun global di mana Malaysia berada dalam lima negara terbaik dunia dalam penerimaan rakyat yang paling tertinggi.

Sumber : Bernama

Penderma darah wira negara – Muhyiddin

Penderma darah juga adalah wira negara kerana pengorbanan mereka menderma darah secara sukarela membantu menyelamatkan nyawa pesakit.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pengorbanan masa dan tenaga penderma darah, yang tampil secara sukarela saban hari juga dapat dilihat semasa negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi melawan COVID-19.

“Saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menganjurkan kempen derma darah.

“Menerusi kempen-kempen ini, masyarakat berpeluang untuk menderma darah berdekatan dengan komuniti setempat dan ini lebih memudahkan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam video ucapan sempena Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Kebangsaan bertemakan ‘Darah yang Selamat Menyelamatkan Nyawa’ dan ‘Derma Darah Demi Kesihatan Sejagat’, di laman sosial Facebooknya, hari ini.

Fokus tema pada tahun ini menjurus kepada sumbangan setiap penderma darah dalam membantu menyelamatkan nyawa pesakit, dan seterusnya meningkatkan tahap kesihatan komuniti setempat.

Perdana Menteri berkata, dalam situasi negara yang baru memasuki fasa pemulihan wabak COVID-19, normal kehidupan yang baharu perlu terus dilaksanakan untuk meraikan hari penderma darah pada tahun ini.

“Saya yakin semua platform media sosial akan dimanfaatkan dengan makluman berguna bagi meraikan penderma darah serta menyemarakkan kesedaran menderma darah,” katanya.

Muhyiddin turut meminta masyarakat meneruskan sokongan padu kepada Pusat Darah Negara dan tabung darah di seluruh negara.

“Saya ingin mengajak semua rakyat Malaysia, terutama yang masih belum menderma darah, mulakan langkah pertama anda dalam menjadikan amalan menderma darah secara berkala sebagai budaya gaya hidup sihat,” katanya.

Sumber : BHOnline

Tiada lagi sidang akhbar harian Covid-19

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan tiada lagi sidang akhbar harian berkenaan perkembangan koronavirus (Covid-19) mulai minggu depan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada yang hadir pada hari Sabtu ini (hari ini).

“Kita tetap memberi maklumat terkini tetapi mungkin minggu depan kita akan ‘jarakan’ sidang akhbar dan saya ucapkan terima kasih kepada semua barisan hadapan (iaitu) media yang telah bekerja keras untuk bersama menjayakan bagi memutuskan jangkitan Covid-19 dalam negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian sebelum mengakhiri sidang akhbar hari ini yang menjadi rutin harian sejak negara dilanda pandemik itu sejak lebih tiga bulan lalu.

Sejak lebih tiga bulan lalu, Dr Noor Hisham yang turut dilabel sebagai manusia paling popular di Malaysia muncul di kaca televisyen setiap hari bagi memaklumkan perkembangan terkini Covid-19 di negara ini.

Sumber : Sinar Harian

Agong titah doa kesejahteraan Palestin

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan seluruh rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan buat rakyat Palestin yang terus ditindas rejim Israel.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata Seri Paduka menzahirkan rasa sangat prihatin dan sokongan kepada rakyat Palestin yang terus dijajah dan ditindas oleh rejim Israel itu.

Dalam kenyataan hari ini, Ahmad Fadil berkata Seri Paduka juga menyokong usaha Malaysia untuk terus bekerjasama dengan negara-negara ahli Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan masyarakat antarabangsa yang jelas menentang pelan rejim Israel untuk mengilhakkan sebahagian wilayah Palestin.

“Seri Paduka Baginda menyokong pendirian berprinsip dan tidak berbelah Kerajaan Malaysia dalam mengecam dan menolak pelan rejim Israel untuk mengilhakkan (annex) sebahagian tanah Palestin yang ditakluki Israel sejak 1967 di Tebing Barat, termasuk Lembah Jordan, seperti yang diumumkan oleh rejim Israel sebelum ini,” katanya dalam kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Al-Sultan Abdullah menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama untuk bersama Seri Paduka berdoa mengikut pegangan kepercayaan masing-masing supaya rakyat Palestin dilindungi dan tanah air mereka dibebaskan daripada penjajahan dan penindasan rejim Israel.

Ahmad Fadil berkata, Seri Paduka turut menitahkan masjid dan surau di negara ini untuk mengadakan solat sunat hajat dan doa selamat bagi memohon ihsan daripada Allah SWT.

Katanya Seri Paduka menzahirkan harapan supaya seluruh rakyat Malaysia terus memperjuangkan prinsip keadilan, sikap hormat menghormati, di samping menolak serta menentang sebarang bentuk keganasan dan kezaliman sesama manusia.

“Seri Paduka Baginda percaya perjuangan ini juga dapat dicapai untuk rakyat Palestin sekiranya mereka bebas daripada penjajahan rejim Israel dan mereka diberi sokongan serta hak menubuhkan sebuah negara yang merdeka di wilayah Palestin yang ditakluki Israel sejak 1967, termasuk Baitulmaqdis,” katanya.

Sumber : BHOnline