PeoplePostInsider

Memuliakan Jasa & Pengorbanan

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya. Dan muka mereka tidak ditutupi debu hitam dan tiada (pula) kehinaan. Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya.”

Surah Yunus, ayat 26.
….
Ada insan lain yang menyerahkan jiwa dan semangat bagi menjalankan amanah sebagai pengorbanan bakti kepada masyarakat.

Pengorbanan mulia mereka mempertaruhkan nyawa dan keselamatan diri demi tugasan.

Hari ini YBM Hajah Zuraida Kamaruddin telah menyerahkan sumbangan berjumlah RM218,989.50 kepada waris Pegawai Bomba Baharuddin bin Supian yang telah terkorban dalam kemalangan jalan raya ketika bertugas pada 7 Jun 2020.

Beliau turut memberikan sedikit sumbangan peribadi kepada anak-anak waris sebagai tanda penghargaan di atas pengorbanan Allahyarham yang telah berkhidmat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) lebih 20 tahun dalam Pasukan Khas Rapid Intervention Motorcycle (RIM).

Apabila ada pemimpin memuliakan pengorbanan rakyat, maka kesejahteraan hidup ke atas umat akan terus berpanjangan dengan rahmat Ilahi.

Empat juta pengguna domestik dapat bekalan elektrik percuma tiga bulan

Seramai empat juta atau 52.2 peratus pengguna domestik dengan bil elektrik sebulan kurang RM77 atau penggunaan bawah 300kWj, akan menikmati bekalan elektrik percuma selama tiga bulan di bawah Bantuan Prihatin Elektrik tambahan.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata pengguna yang terlibat akan mendapat bekalan elektrik percuma bagi bulan April, Mei dan Jun yang akan dikreditkan dalam bil bulan Julai.null”Pengguna domestik yang menggunakan elektrik melebihi 300kWj akan menerima potongan bil elektrik sebanyak RM231 iaitu RM77 sebulan bagi April, Mei dan Jun.

“Bantuan ini merupakan tambahan kepada diskaun bil elektrik di bawah Bantuan Prihatin Elektrik yang telah dilaksanakan sejak 1 April lepas,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sumber : Bernama

11 ahli PKR Sabah isytihar keluar parti

Sekumpulan 11 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah yang pernah memegang jawatan di peringkat negeri dan cabang parti itu hari ini mengisytiharkan keluar daripada PKR.

Kumpulan yang diketuai Datuk Nani Sakam, yang juga bekas Pengarah Tugas-Tugas Khas PKR Sabah turut mendakwa ribuan penyokong masing-masing menyertai mereka keluar daripada PKR.

Nani dalam sidang akhbar ketika mengisytiharkan perkara itu berkata mereka mengambil keputusan meninggalkan PKR kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR Sabah yang diketuai Datuk Christina

Menurutnya kumpulan berkenaan belum menentukan hala tuju perjuangan politik selepas ini.

Beberapa anggota polis turut berada di lokasi sidang media itu bagi memantau keadaan.

Sumber : Bernama

PKR tolak Mahathir sebagai calon PM

Pemimpin-pemimpin pusat dan anggota parlimen PKR menolak Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri sekali lagi.

Perkara itu disuarakan dalam kenyataan mereka sebentar tadi, selepas mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan anggota parlimen PKR di atas talian pagi ini.

“Walau bagaimanapun, parti memutuskan untuk tidak menyokong cadangan mencalonkan Tun Dr Mahathir sebagai perdana menteri, dan kekal dengan konsensus Pakatan Harapan mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri,” katanya.

Bagaimanapun, parti itu terbuka untuk berbincang dengan semua pihak termasuk Dr Mahathir “demi usaha menyelamatkan Malaysia dan mengembalikan mandat rakyat ke tempatnya”.

Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke sebelum ini menggesa PKR menyatakan pendirian berhubung tawaran kombinasi Dr Mahathir sebagai perdana menteri dan Anwar sebagai timbalan perdana menteri seperti dibincang dalam mesyuarat PH Plus.

PH Plus merupakan nama yang kini digunakan merujuk gabungan PKR, Amanah DAP dan Mahathir dan penyokongnya, serta Warisan.

Dr Mahathir sebelum ini dikatakan mencadangkan agar beliau diberi enam bulan untuk memimpin sebagai perdana menteri sebelum menyerahkannya kepada Anwar.Menurut Loke, cadangan itu diterima oleh DAP dan Amanah.

Bagaimanapun, cadangan itu tidak disenangi oleh PKR yang mendakwa bahawa bekas perdana menteri itu sebagai tidak konsisten dalam konsensus sebelum ini, yang menetapkan Mahathir perlu menyerahkan jawatannya kepada Anwar selepas dua tahun ketika kerajaan PH mengambil alih pentadbiran pada 2018.

Kerajaan PH hanya mampu bertahan selama 22 bulan, selepas Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin membawa Bersatu keluar PH, selain bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan penyokongnya yang turut mengambil langkah sama.

Sementara itu, PKR juga memberitahu bahawa parti itu terus komited bersama dalam gabungan PH.

“PKR komited untuk terus mengukuhkan PH, dan akan meneruskan usaha menggembleng tenaga dari semua pihak yang sefahaman untuk mengembalikan mandat rakyat ke tempatnya dalam masa terdekat.

“Pada masa yang sama PKR akan terus menumpukan tenaga dan bersiap siaga menghadapi pilihan raya umum mengejut yang mungkin dipanggil pada bila-bila masa,” kata kenyataan itu lagi.

Sumber : Malaysiakini