PeoplePostInsider

‘Kami masih belum masuk BERSATU’

KUALA LUMPUR: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mengesahkan beliau dan kumpulannya yang bertindak keluar PKR masih belum menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Sebaliknya, Ahli Parlimen Ampang itu berkata, mereka menggunakan label BERSATU sebagai platform di dalam Dewan Rakyat.

“(Berhubung) status dalam BERSATU, atas alasan strategik, kami di bawah label BERSATU tetapi secara teknikal, kami masih belum masuk ke dalam BERSATU.

“Kami masih menunggu, untuk memperincikan perincian dan kaedah bagaimana kami boleh masuk BERSATU,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Media sebelum ini melaporkan 10 bekas Ahli Parlimen PKR yang diketuai Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dikatakan menyertai BERSATU.

Selain Mohamed Azmin yang juga Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Zuraida, turut dikatakan menyertai BERSATU adalah Datuk Saifuddin Abdullah (Indera Mahkota), Baru Bian (Selangau), Datuk Kamaruddin Jaffar (Bandar Tun Razak), Datuk Mansor Othman (Nibong Tebal), Datuk Rashid Hasnon (Batu Pahat), Ali Biju (Saratok) dan Willie Mongin (Puncak Borneo).

Seorang lagi, Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr Santhara Kumar dilaporkan menjadi ahli bersekutu parti itu.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata, mereka masih menunggu sehingga BERSATU menyelesaikan pemilihan dan perhimpunan agung parti terlebih dahulu sebelum menyertai parti itu.

Mengulas lanjut, Zuraida berkata, mereka masih menunggu sehingga BERSATU menyelesaikan pemilihan dan perhimpunan agung parti terlebih dahulu sebelum menyertai parti itu.

“Dari situ, kami akan masuk ke BERSATU sebab kami masih menunggu beberapa pindaan dalam perlembagaan parti,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen wanita dari Perikatan Nasional (PN) menyambut baik pelantikan Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

“Pelantikan yang penuh bersejarah ini adalah satu langkah bermakna dan dilihat positif buat negara, khususnya dalam memperkasa peranan wanita di peringkat tertinggi, terutamanya dalam urusan sebagai pembuat keputusan demi kebaikan rakyat dan negara.

“Kami, Ahli Parlimen wanita dari PN melihat pelantikan Azalina ini tepat pada masanya, memandangkan beliau sendiri mempunyai latar belakang profesional sebagai seorang peguam.

“Bahkan pernah mengendalikan urusan hal ehwal Parlimen sewaktu berkhidmat sebagai Pengerusi Kaukus Wanita Parlimen Malaysia,” katanya.

Sumber : BH Online

LKAN: Isu ketidakcekapan jejas hasil optimum

PUTRAJAYA: Jabatan Audit Negara mendapati secara keseluruhan pelaksanaan program oleh Kerajaan Persekutuan mengikut objektif ditetapkan.

Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid, mendapati masih ada isu ketidakcekapan dan ketidakakuran serta kelemahan dalam pengurusan program, aktiviti dan projek yang secara tidak langsung menjejaskan program dilaksanakan, sekali gus tidak memberi impak optimum diharapkan.

Katanya, hal itu dapat dilihat selepas pihaknya membuat sesi pengauditan membabitkan 10 kementerian.

“Kelemahan itu menjejaskan kecekapan dan keberkesanannya untuk menghasilkan pengeluaran, hasil dan impak seperti diharapkan.

“Dengan kata lain, program, aktiviti, projek tidak memberikan hasil atau impak optimum seperti diharapkan,” katanya ketika membentangkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) mengenai aktiviti Jabatan, Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Tahun 2018 Siri 3.

Nik Azman berkata, bilangan aktiviti yang diaudit dan dilaporkan pada LKAN bagi Siri 3 adalah mengikut kementerian.

“Jabatan Perdana Menteri (dua aktiviti), Kementerian Kewangan (dua), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (dua), Kementerian Pendidikan (dua) dan Majlis Keselamatan Negara (dua) bersama kementerian lain.

“Selain itu, masing-masing satu aktiviti membabitkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta Kementerian Kerja Raya,” katanya.

Sumber : BH Online

Azalina wanita pertama sandang jawatan Timbalan Speaker

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Azalina Othman Said menyifatkan pelantikannya sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat membuktikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak menafikan hak wanita untuk memegang jawatan penting negara berikutan menjadi wanita pertama menyandang jawatan tersebut.


Katanya, perkembangan positif itu dilihat akan membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada wanita di negara ini.

“Sebelum ini kita tahu pernah ada Timbalan Speaker di Dewan Negara yang merupakan seorang wanita.

“Jadi saya harap ini (pelantikan dirinya sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat menjadi langkah permulaan dan tidak mustahil akan ada Speaker di kedua-dua adalah wanita.

“Bagi saya jelas membuktikan bahawa gender adalah satu isu, sebaliknya ia dinilai dengan kelayakan dan kemampuan,” katanya kepada pemberita di bilik media Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Azalina turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana mencalonkan dirinya.

“Terima kasih juga kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang bersetuju hendak calonkan saya,” katanya.

Terdahulu Nga Kor Ming hari ini mengumumkan peletakan jawatan serta-merta sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Sumber : Sinar Harian

‘Pelantikan Azalina tepat pada masanya’

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Wanita Perikatan Nasional (PN) mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said atas pelantikannya sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.


Dalam kenyataan bersama 12 Ahli Parlimen PN itu mereka berkata, buat julung kalinya Dewan Rakyat memilih seorang wanita untuk memegang jawatan itu.

Menurut mereka, pelantikan penuh bersejarah itu merupakan satu langkah bermakna dan dilihat positif buat negara khususnya dalam memperkasa peranan wanita di peringkat tertinggi.

“Kami ahli Parlimen Wanita dari PN melihat pelantikan Azalina ini tepat pada masanya, memandangkan beliau sendiri mempunyai lalar belakang profesional sebagai seorang peguam bahkan pernah mengendalikan urusan hal ehwal Parlimen sewaktu berkhidmat sebagai Pengerusi Kaukus Wanita Parlimen Malaysia.

“Bukan itu sahaja, kredibiliti Azalina turut dapat dibuktikan apabila beliau sebelum ini dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri sekaligus menjadikannya pilihan terbaik buat kerajaan PN dalam usaha mereformasikan tadbir urus yang lebih telus.

“Kami percaya dengan adanya kehadiran Azalina sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang baharu, ia bukan sahaja mengangkat martabat wanita di dalam negara bahkan menjadi contoh yang terbaik serta inspirasi buat seluruh wanita di Malaysia,” katanya.

Ahli Parlimen Wanita PN terbabit diketuai Zuraida Kamaruddin, Datuk Halimah Mohamed Sadique, Datuk Seri Rina Mohd Harun, Datuk Seri Nancy Shukri dan Datuk Dr Noraini Ahmad.

Selain itu, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff, Mastura Mohd Yazid, Datuk Hanifah Hajar Taib, Datuk Azizah Mohd Dun, Datuk Sri Rohani Abdul Karim serta Rubiah Wang.

Sumber : Sinar Harian