PeoplePostInsider

安华应向祖莱达学习照顾基层。

公正党,尤其是安华依布拉欣应向祖莱达看齐,学习对方如何照顾安邦国会选区的基层领袖。

公正党在今年2月尾开除阿兹敏及祖莱达,意图将两人摒弃于政府之外。

然而,对于热衷奉承安华的破坏份子(Si Kitol dan Gerombolan Kupai),他们
已误判时局。

祖莱达被开除后,她在安邦的强人也一一落马,亲祖莱达的市议员也被终止服务。

这并不能谋杀祖莱达的政治生命,甭说消灭祖莱达的政治实力。

在祖莱达的努力下,被开除的市议员,社区领袖,乡委会领导重新在安邦国会选区底下受委。

这种非常举动,并非儿戏,更不是政治上的信口雌黄,这也是为何党内破坏份子对祖莱达感到畏惧。他们熟知祖莱达的胆色,言而有信。

这只是发生在安邦区,还没提到全国。如果安华要党壮大及党员忠诚,他就要从中学习。可是安华却乐于听从破坏份子的怂恿及奉承。

在此之前,在祖莱达推动国民社区行动非政府组织(前身是国民共识行动)时,破坏份子们大为紧张。这个组织在短时间内全国各国会选区成立。

公正党起而对抗,甚至发出公函禁止党员参与。

从我的观察所得,祖莱达在担任全国妇女组主席或全国副主席时,不曾意图搞‘党内党’

他不同于拉菲兹或安华般没有基层。她与阿兹敏认同,如果搞‘党内党’,将造成党的分裂。

所以安华听信破坏份子,开除这些原本是公正党主力的领袖,是愚昧的。

我预测公正党最终只剩下‘忠民’的孤魂野鬼。

如果我要比较2009至2010的时局,当时各有五名国会议员及五名州议员退党,五名国会议员来自居林万达峇鲁,峇央峇鲁,高渊,峇眼色海,及旺沙玛珠,五名州议员来自鲁乃,Bakar Bata,章卡遮冷,美冷,及巴生港。

从2020年2月至6月,尚不足一年,在安华担任全国主席,公正党已丧失12名国会议员及13名州议员。

这都肇因于安华不懂照顾党基层及党的强有力柱樑。

Azalina dimasyhur sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 13 Julai  — Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said dimasyhurkan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan Azalina, 57, yang merupakan wanita pertama memegang jawatan itu adalah bagi menggantikan Ahli Parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming yang meletak jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengusulkan supaya Azalina dipilih menjadi Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat mengikut Peraturan Mesyuarat 6 (2) yang dibaca bersama Peraturan 4 (1), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. 

“Saya mohon mencadangkan bahawa Yang Berhormat Datuk Seri Azalina binti Othman Said, Ahli Parlimen Pengerang dipilih menjadi Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan mengikut Peraturan Mesyuarat 6 (2) yang dibaca bersama Peraturan 4 (1) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, saya telah memastikan bahawa beliau bersetuju untuk berkhidmat jika dipilih,” menurut usul tersebut.

Berkelulusan Sarjana Undang-Undang dari London School of Economics dan Diploma Undang-Undang Syariah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Azalina yang merupakan anak jati Johor berpengalaman luas dalam mengendalikan kes-kes tuntutan sivil melibatkan isu perbankan korporat dan komersial.

Sumber – BERNAMA

Azhar Azizan dilantik Speaker Dewan Rakyat baharu

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu menggantikan Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon, memaklumkan pemilihan Azhar dibuat selepas hanya ada seorang calon dikemukakan sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengusulkan bekas Azhar dipilih menjadi Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu.

Perdana Menteri berkata, beliau sudah memastikan Azhar bersetuju untuk berkhidmat jika dipilih berdasarkan Peraturan Mesyuarat 4(1), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Azhar kemudian mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baharu.

Bagaimanapun majlis angkat sumpah itu bertukar kecoh apabila wakil rakyat pembangkang berterusan mempersoalkan pelantikan Azhar.

Sumber : BH Online

COVID-19: Afrika Selatan kembali jalani perintah berkurung

Perintah berkurung dari jam 9 malam hingga jam 4 pagi mulai Isnin juga membabitkan perberhentian penjualan alkohol.

AFRIKA Selatan mengembalikan perintah berkurung pada waktu malam selepas kes jangkitan COVID-19 di negara tersebut meningkat secara mendadak, sekali gus berisiko melemahkan sistem kesihatan negara.

Perintah berkurung dari jam 9 malam hingga jam 4 pagi mulai Isnin juga membabitkan perberhentian penjualan alkohol, kata Presiden Cyril Ramaphosa.

“Ketika kita menuju ke puncak jangkitan, sangat penting kita tidak membebani klinik dan hospital dengan kecederaan yang berkaitan dengan alkohol.

“Oleh itu, kami memutuskan untuk menjaga kemampuan hospital, maka penjualan, pengeluaran dan pengedaran alkohol akan ditangguhkan dengan segera,” kata Ramaphosa.

Pegawai Kesihatan Afrika Selatan sebelum ini memberi amaran kekurangan katil dan bekalan oksigen bagi merawat pesakit COVID19 akibat peningkatan kes.

Jumlah jangkitan sejak beberapa hari kebelakangan ini meningkat dengan sekurang-kurangnya 12,000 kes dicatatkan setiap hari, menjadikan sekitar 500 jangkitan setiap jam.

Afrika Selatan adalah negara yang paling teruk terjejas di benua ini dengan 276,242 kes direkodkan termasuk 4,079 kematian pada Ahad.

Kali pertama larangan penjualan minuman keras di Afrika Selatan dilaksanakan pada Mac sebelum ditarik balik pada 1 Jun.

Ramaphosa juga melarang kunjungan keluarga dan sosial bagi mengekang penularan COVID-19.

Sumber : Astro awani