Sesi persekolahan kelas peperiksaan mulai 24 Jun

Kementerian Pendidikan menetapkan tarikh pembukaan semula sesi persekolahan bagi kelas peperiksaan awam adalah pada 24 Jun ini.
Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Jidin, berkata sesi persekolahan itu membabitkan murid kelas peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan peperiksaan antarabangsa yang setara.
Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira andaian dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Sumber : Berita Harian
Pemimpin yang berperwatakan tenang

Dalam krisis global yang datang mengejut, krisis politik yang kelam kabut, seorang raja tenang melayan ragam politikus negara, tegas membuat keputusan membentuk ‘kerajaan beta’.
Seorang perdana menteri yang muncul dalam waktu seluruh dunia perlu berkurung, dan keadaan ekonomi merundum, tanpa menyalahkan sesiapa, mengherdik sesiapa, menyindir sesiapa, beliau tenang menjalankan tugas, memberi semangat dan harapan kepada rakyat.
Seorang ketua pasukan yg cekap mengendali masalah. Dengan tenang, menggalas tanggungjawab ketika negara runtuh struktur pimpinan atasan, tanpa sebarang rungutan. Beliau berani menghadapi dan memimpin pasukan untuk sentiasa kuat di lapangan, berada betul di atas landasan.
Suatu ketika dahulu, kita punya cita-cita melihat Malaysia gah di mata dunia dengan Wawasan 2020. Rupa-rupanya tahun ini, kita tetap gah dimata dunia tapi dengan cara kita sendiri.
Betapa bertuah dan hebatnya negara kecil kita.
Suka atau tidak, pilih mereka atau tidak, tiada siapa dapat nafikan inilah kombinasi sosok pemimpin yang berjaya mengemudi Malaysia ketika krisis pandemik sehingga kita sampai ke tahap ini, hari ini.
Kita tiada pilihan lain, kecuali menang.
Selamat Ulangtahun Keputeraan YDPA
100 Hari kepimpinan TSMY
Tahniah pasukan KKM dan semua barisan hadapan
Juga kepada kita semua, rakyat Malaysia
#kitapastimenang #kitajagakita
RAIHANA
8 JUN 2020
Walk The Talk, Never Walk Alone

Ini bukan slogan bolasepak tetapi Liverpool tetap bergelar juara EPL musim ini.
Ini adalah kisah kesungguhan kata-kata YBM Hajah Zuraida Kamaruddin menunaikan janji-janji membantu keluarga mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.
Beliau seorang yang tak suka menangguhkan sesuatu yang telah dijanjikan kepada rakyat. Ia segera mungkin diuruskan dan dilunaskan. Biar kesusahan rakyat dapat diringankan. Hati mereka tenang.
Sumbangan sewa rumah selama enam (6) bulan telah disampaikan oleh wakil beliau, Saudara Hamsah Djabir.
Moga berpanjangan kesejahteraan masyarakat dan usaha murni ini mendapat keredhaan Allah.
PKPB Sambung Atau Tidak, Tunggu PM Umum Hari Ini

Persoalan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilanjutkan atau tidak, dijangka diketahui hari ini menerusi perutusan khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pengumuman yang bakal disampaikan itu tepat pada masanya memandangkan tempoh PKPB yang bermula 4 Mei lepas akan berakhir dua hari lagi iaitu pada 9 Jun.
Jika diimbas, sejak PKP dilaksanakan 18 Mac lepas dengan hanya perkhidmatan perlu dibenarkan, kerajaan kemudian memberi kelonggaran secara berperingkat kepada lebih banyak sektor ekonomi untuk beroperasi.
Terbaharu adalah perkhidmatan gunting, dandanan rambut dan kecantikan yang dibenarkan beroperasi mulai 10 Jun seperti yang diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media semalam.
Semestinya ia berita gembira untuk masyarakat, apatah lagi buat kaum Adam yang sering tertanya-tanya bilakah kedai gunting rambut akan dibuka. Mana tidaknya, lebih dua bulan tidak mendapat sentuhan pendandan rambut, pelbagai ‘gaya’ dapat dilihat dalam kalangan mereka sehingga ada yang menggunakan khidmat isteri sendiri untuk menggunting rambut.
Bagi wanita pula, khidmat kecantikan termasuk merias dan merawat kuku serta solekan dan rawatan muka juga dibenarkan beroperasi bermula pada tarikh sama.
Selain itu, peniaga di pasar terbuka, pasar pagi dan pasar malam serta bazaria di Wilayah Persekutuan kini boleh menarik nafas lega apabila premis berkenaan dibenarkan beroperasi mulai 15 Jun, tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).
Sama ada PKPB disambung atau tidak, normal baharu yang telah diamalkan sekarang seperti penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka dan penjagaan kebersihan termasuk kerap mencuci tangan tetap perlu diteruskan bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19.
Selain itu, elakkan tempat sesak, kawasan sempit dan elak sembang atau bertutur dengan jarak dekat seperti yang dinasihatkan oleh ‘jeneral perang COVID-19’, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah setiap hari.
Setakat semalam, jumlah jangkitan kes baharu positif COVID-19 masih kekal dua angka iaitu 37 kes dengan 10 kes melibatkan warganegara Malaysia.
Sumber: BERNAMA