PeoplePostInsider

KPKT sedia timbang kaji undang-undang penjualan arak

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedia menimbang cadangan bagi mengkaji semula undang-undang melibatkan penjualan arak berikutan semakin banyak kemalangan jalan raya berlaku membabitkan pemandu mabuk akhir-akhir ini.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin, berkata sebarang keputusan berkaitan undang-undang melibatkan penjualan arak perlu dibuat secara teliti kerana ia melibatkan jangka masa panjang dan tidak boleh dilakukan secara ad hoc.

“Bidang kuasa panduan ia termasuk dalam bidang PBT (pihak berkuasa tempatan) juga, kita kena melihat statistik (secara keseluruhan) melibatkan kemalangan (jalan raya) disebabkan oleh arak ini.

“Kami tidak boleh membuta tuli membuat satu undang-undang berdasarkan ad hoc, kerajaan harus memikirkan masa depan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau tapak menaik taraf Gerai Rakyat di Pekan Langkap di Teluk Intan, hari ini.

Sumber : Malaysiakini

“SYED SADIQ BUKAN LAGI AHLI BERSATU”

1. Susulan Sidang Media YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada 31 Mei 2020 bertujuan untuk mengelirukan ahli parti, ahli Armada, melakukan penyamaran, salah guna kuasa dan berniat jahat.

2. YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bukan lagi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) boleh didakwa di bawah Akta Pertubuhan 1966. Ini setelah merujuk kepada pemakluman bertarikh 28 Mei 2020 mengenai kedudukan keahlian sebagai Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dibawah Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 perlembagaan parti.

3. ARMADA dan SRIKANDI Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di peringkat Negeri/Pusat menyatakan pendirian, mengiktiraf dan memberi sokongan penuh terhadap YAB Tan Sri Presiden Parti sebagai pemangku pengerusi menurut Fasal 16.9 perlembagaan parti.

4. Tindakan yang dilaksanakan oleh YAB Tan Sri Presiden adalah sah menurut Perlembagaan Parti bagi mengukuhkan kedudukan Parti BERSATU.

5. ARMADA mengecam sidang media yang dibuat oleh pihak YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan sebahagian kerana mereka memutarbelitkan perlembagaan parti, memberi tafsiran yang berniat jahat dan membelakangi keputusan parti.

6. Hampir sebahagian senarai nama yang di keluarkan pimpinan armada di nafikan oleh penama-penama tersebut tidak mnyokong apa keputusan yang telah dikeluarkan oleh parti BERSATU.

7. YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku Presiden Parti dan YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin selaku Setiausaha Agung telah memberi pencerahan jelas bahawa YB Tun Dr Mahathir bin Mohamad, YB Dato’ Seri Utama Mukhriz Mahathir, YB Maszlee Malik, YB Dato Wira’ Ir Amiruddin Hamzah dan YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bukan dipecat oleh parti. Tetapi keahlian mereka TELAH TERHENTI SECARA SERTA MERTA BERDASARKAN 10.2.2 DAN 10.2.3.

8. Amatlah tidak logik, bagi ahli parlimen parti BERSATU tidak menyokong blok dan kerajaan parti dibawah pimpinan YAB Tan Sri Muhyidin Yasin selaku Presiden BERSATU didalam parlimen pada 18 Mei 2020. Bahkan ini secara terang telah dinyatakan oleh mereka dalam notis kepada parlimen untuk tidak mahu duduk bersama-sama blok kerajaan.

8. Sehubungan tindakan Setiausaha Kerja (SUK), Kapten Muhammad Suhaimi bin Yahya (B) perlu difahami, Setiausaha Kerja hanya melaksana tugas beliau sebagai pegawai awam parti untuk MENYAMPAIKAN NOTIS DAN BUKAN MEMECAT. Tindakan beliau tersebut telah disahkan oleh Setiausaha Agung BERSATU sebagai Ketua Pentadbir Ibu Pejabat Parti melalui sidang media semalam (30 Mei 2020).

9. Pada 27 Mei 2020 yang lalu, Ybrs Tan Sri Dato’ Seri Megat Najmuddin bin Megat Khas selaku Pengerusi Lembaga Disiplin Parti BERSATU telah memaklumkan kedudukan Ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menurut perlembagaan parti. Kes tersebut tidak perlu dirujuk untuk tindakan Lembaga Disiplin Parti tetapi menurut Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 perlembagaan parti yang jelas dan didapati YB Tun Dr Mahathir bin Mohamad, YB Dato’ Seri Utama Mukhriz Mahathir, YB Maszlee Malik, YB Dato’ Wira Ir Amiruddin Hamzah dan YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bukan lagi ahli BERSATU.

10. Keputusan untuk keluar dari Pakatan Harapan (PH) adalah keputusan majoriti Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang dimuktamadkan dalam mesyuarat pada 23 Februari yang lalu. Keputusan tersebut turut diakui oleh YB Tun di dalam Perutusan Perdana Menteri Interim yang menyebut bahawa Parti BERSATU telah memutuskan untuk keluar dari Pakatan Harapan (PH), malah ia turut diakui oleh YB Senator Datuk Wira Hj Marzuki bin Yahya dalam kenyataan media beliau pada 24 Febuari 2020 bahawa mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang telah
bersetuju untuk keluar dari Pakatan Harapan (PH) dan ia adalah keputusan rasmi parti yang perlu diikuti.

11. Saya ingin menegaskan bahawa parti BERSATU adalah milik semua ahli parti dan bukan milik mana-mana ahli yang berkepentingan. Perlaksanaan ‘rule of law’ perlembagaan BERSATU mestilah dipatuhi dan tiada sesiapa yang akan dikecualikan. Sudah-sudahlah menunggang suara
akar umbi untuk tujuan peribadi. Sebaik-baik keputusan dalam berorganisasi adalah
berlandaskan keputusan dari suara majoriti.

12. Armada menyeru semua Ahli Bersatu perlu merapatkan saf dan menyokong serta mendokong kepimpinan YAB Tan Sri Muhyidin Yassin, Presiden BERSATU dan Perdana Menteri Malaysia bagi mengukuhkan parti dan kerajaan.

13. Sehubungan itu, kami (Armada) akan membuat laporan polis terhadap penyamaran Yb Syed Saddiq menggunakan nama parti dan memberi amaran terakhir untuk dia, sebagai orang luar tidak lagi mencampuri urusan dalaman parti BERSATU.

SEKIAN
MOHD MUZZAMMIL BIN ISMAIL
EXCO ARMADA MALAYSIA
01 JUN 2020

Hukuman lebih berat kepada pemandu mabuk

Di United Kingdom jika didapati memandu dalam keadaan pengaruh alkohol (mabuk atau tidak), hukumannya ialah:

1. 6 bulan penjara
2. Unlimited fines
3. Gantung lesen setahun. 3 tahun gantung jika ditangkap sekali lagi dalam tempoh 10 tahun.

Itu sebab di UK, semua warganya tidak memandu sendiri bila keluar berhibur di pub atau night club. Mereka pergi dgn kawan, teksi, bas atau tramp dan balik dengan kawan atau teksi. Sebenarnya, mereka tak takut hukuman drunk driving tapi mereka lebih takut dengan eksiden. Jika eksiden sebab mabuk, mereka akan dipenjarakan hingga 14 tahun dan lesen akan ditarik balik.

UK kuatkuasakan undang-undang ketat begini kerana 90% penduduknya consume minuman alcohol dan minuman keras merupakan hidangan biasa disana terutama dalam meraikan sesuatu. Dari raja hingga ke rakyat bawahan di UK meminum minuman alcohol. Cuma tahap mabuk sahaja agak berbeza. Maka, kejadian drink drive dan eksiden disebabkan pemandu mabuk di UK agak rendah bukan sebab undang-undang tapi kesedaran masyarakatnya.

Menjual arak juga memerlukan lesen khusus dan meminum arak secara terbuka juga perlukan kebenaran. Tak boleh suka-suka minum ditepi jalan kecuali canned beers. Di stadium-stadium juga dijual arak tetapi hanya beer biasa, bukan liqour, spirit atau wine. Didalam stadium, hanya beer gelas plastik sahaja dibenarkan tapi terhad di ruang legar sahaja. Minum alkohol di tempat duduk (stand) adalah dilarang. Majoriti penyokong bola di UK dan Eropah menaiki kenderaan awam dan tidak memandu ke stadium.

Kredit : Zack Rahim

Kesejahteraan Rakyat Jadi Keutamaan Kerjasama Kerajaan Perikatan Nasional dengan Kerajaan Negeri Selangor.

Kejadian tanah runtuh yang berlaku di kawasan perumahan Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa awal pagi tadi adalah suatu rahmat buat 40 penghuni di tujuh buah kediaman yang terlibat. Dua pemimpin berjiwa besar meletakkan kepentingan rakyat walaupun berbeza haluan politik, ini adab siasah dinamik yang dilakukan oleh YBM Hajah Zuraida Kamaruddin sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersama Menteri Besar Selangor, YAB DS Amirudin Shari.

YBM Hajah Zuraida Kamaruddin telah mengumumkan peruntukan awal sebanyak RM2 juta manakala YAB DS Amirudin Shari mewakili kerajaan negeri Selangor akan membiayai penginapan selama seminggu di Hotel De Palma Ampang kepada para penghuni terlibat.

Ketika suhu politik negara berubah-ubah pola akibat ‘permainan rancak’ politikus-politikus utama, situasi yang melanda 40 penghuni Taman Kelab Ukay menjadi petanda positif bahawa kerjasama atas kepentingan rakyat mampu dilaksanakan melangkaui sempadan ideologi politik.Keuntungan besar diperolehi rakyat. Inilah dinamik politik masa depan dan kematangan suasana yang dimahukan oleh rakyat.