Jemaah wanita boleh tunai haji tanpa mahram

JEDDAH: Bakal jemaah wanita boleh menunaikan ibadah haji pada tahun ini tanpa ditemani mahram. Lapor Arab News, pendaftaran haji 2021 yang dibuka kepada warganegara dan golongan ekspatriat di Arab Saudi itu boleh dibuat bermula semalam hingga 23 Jun ini. Bagi tahun ini, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan tiga pakej haji iaitu pakej pertama berharga SR16,560 (RM18,172), pakej kedua SR14,381 (RM15,781) dan SR12,113 (RM13,292). Kementerian memaklumkan, pendaftaran haji tidak bermaksud para jemaah sudah memperoleh permit untuk menunaikan ibadah tersebut. ‚ÄúPermit haji hanya dikeluarkan selepas permohonan yang dibuat memenuhi semua syarat yang ditetapkan…. Read More