Jemaah wanita boleh tunai haji tanpa mahram

JEDDAH: Bakal jemaah wanita boleh menunaikan ibadah haji pada tahun ini tanpa ditemani mahram. Lapor Arab News, pendaftaran haji 2021 yang dibuka kepada warganegara dan golongan ekspatriat di Arab Saudi itu boleh dibuat bermula semalam hingga 23 Jun ini. Bagi tahun ini, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan tiga pakej haji iaitu pakej pertama berharga SR16,560 (RM18,172), pakej kedua SR14,381 (RM15,781) dan SR12,113 (RM13,292). Kementerian memaklumkan, pendaftaran haji tidak bermaksud para jemaah sudah memperoleh permit untuk menunaikan ibadah tersebut. “Permit haji hanya dikeluarkan selepas permohonan yang dibuat memenuhi semua syarat yang ditetapkan…. Read More

Belanjawan 2021 dibentang di parlimen 6 Nov – Menteri kewangan

Belanjawan 2021 yang dijadual dibentangkan di parlimen pada 6 November ini adalah bertujuan merancakkan semula ekonomi selain memulihkan keyakinan pelabur dan pengguna untuk memacu ekonomi, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz. “Fokus utama adalah untuk memacu sumber pertumbuhan baru dan masa depan Malaysia, berikutan 2021 akan menjadi tahun untuk kita mempertahankan pertumbuhan yang kita harapkan dapat dicapai pada suku ketiga dan keempat tahun ini. “Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), agensi-agensi penarafan dan penganalisis mengunjurkan Malaysia untuk mencatat pertumbuhan kukuh pada 2021.  “Jadi, belanjawan negara perlu dirangka untuk memenuhi dan melancarkan… Read More