Projek Air Bukit: alternatif sumber air penduduk Bukit Antarabangsa

Krisis gangguan bekalan air yang kerap melanda Lembah Kelang sejak dua minggu telah mencetuskan ilham buat komuniti tempatan Bukit Antarabangsa melaksanakan Projek Air Bukit sebagai alternatif sumber air buat penduduk-penduduk kawasan sekitar. Inisiatif yang digerakkan oleh Pejabat Parlimen Ampang bersama AJK Masjid Bukit Antarabangsa, para penduduk dan sekumpulan sukarelawan Kampung Sering telah bergotong-royong menjayakan projek ini. Projek Air Bukit ini akan membantu penduduk-penduduk kawasan sekitar sekiranya berlaku gangguan bekalan air pada masa akan datang. Ia adalah gerak kerja kemasyarakatan yang menjadi usaha penting mengatasi masalah gangguan bekalan air. #dasarkomunitinegara #perihatinterusbekerja #KPKT #penggerakkomunitinegara

Gangguan Bekalan Air: PeKT Bukit Antarabangsa pasang paip air bukit

19 Oktober, Bukit Antarabangsa: Penggerak Komuniti Negara Bukit Antarabangsa telah menggerakkan inisiatif gotong royong memasang paip daripada punca air bersih di kaki bukit hari ini. Usaha sementara ini adalah untuk membantu penduduk-penduduk kawasan sekitar mendapatkan air bersih sementara menanti bekalan air dipulihkan. Tindakan pantas Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) Bukit Antarabangsa menjadi alternatif buat penduduk-penduduk yang terkesan dengan gangguan air tidak berjadual di sekitar Bukit Antarabangsa.