Teknologi canggih tapi air kerap terganggu

Apakah petanda malang yang bakal melanda MB Selangor Amirudin Shari sejak tiga empat bulan ini? Masalah gangguan bekalan air yang konsisten berlaku sejak Ogos hingga November menjadi persoalan pelik di kalangan masyarakat Selangor, negeri yang berstatus negeri termaju di Malaysia. Tahun ini sahaja 18 kali bekalan air terganggu direkodkan! Masyarakat umum berfikiran mudah, akan menganggap sebagai negeri termaju di Malaysia sepatutnya masalah gangguan bekalan air mampu diatasi, nak pula Amirudin pernah mengumumkan Selangor memiliki kemudahan Loji Rawatan Air (LRA) yang paling canggih di negara ini. LRA di Selangor berkeupayaan membersih, menapis dan… Read More

Bina muka sauk di hulu sungai elak pencemaran air, Zakaria Abdul Hamid

Walaupun menerajui FINAS, sebenarnya Zakaria Abdul Hamid adalah pakar dalam bidang ‘environment & planning’. Zakaria melalui satu tulisan beliau di FB telah mengemukakan cadangan mengatasi masalah pencemaran air sungai yang berlaku di Selangor. Dalam tulisan tersebut, masalah pencemaran bekalan air mentah berpunca daripada kegagalan perancangan menempatkan muka sauk (water intake point). Zakaria telah mencadangkan penyelesaian dengan membina semula muka sauk di hulu sungai yang jauh daripada petempatan manusia dan kawasan perindustrian. Kemudian air mentah tersebut dialirkan dengan sistem saliran paip ke loji-loji rawatan air (LRA) sedia ada. Menurut Zakaria lagi, walaupun ia… Read More

PENCEMARAN SUMBER AIR MENTAH: Air Selangor henti tugas LRA Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang

19 Oktober, Kuala Lumpur: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang berikutan pencemaran sumber air mentah telah dikesan di Sungai Selangor pada jam 2:00 pagi, 19 Oktober 2020. Sehingga jam 6:30 pagi ini, pencemaran masih lagi di kesan di Sungai Selangor pada tahap 1 TON. Henti tugas keempat-empat loji ini telah menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan 1,196,457 akaun merangkumi 1,292 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor,… Read More

Gangguan bekalan air tidak berjadual di enam kawasan di Klang/Shah Alam – Air Selangor

KUALA LUMPUR, Enam kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula malam tadi sehingga petang ini, susulan kejadian paip pecah di Jalan Persiaran Jubli Perak, Seksyen 24, Shah Alam semalam. Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata, kawasan yang terlibat ialah Seksyen 18, 19, 20, 23, 24 dan 25 Shah Alam. https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1889138