Firma Bumiputera ambil bekas kakitangan AirAsia dihentikan kerja

Syarikat carian hartanah Bumiputera, Hi HOME Dotcom Sdn Bhd menawarkan peluang pekerjaan secara berperingkat kepada 30 bekas kakitangan AirAsia yang diberhentikan kerja baru-baru ini. Ketua Pegawai Eksekutif Hi HOME, Radzi Tajuddin, berkata buat permulaan, pihaknya akan mengambil 15 bekas kakitangan syarikat penerbangan itu terlebih dahulu sebelum ditambah kepada sehingga 30 orang. Katanya, antara jawatan yang akan ditawarkan termasuk sumber manusia, pembangunan perniagaan, pemasaran penjenamaan dan jualan atau duta hartanah. “Hi HOME mengambil bekas kru kabin, juruterbang, komersial dan pasukan operasi AirAsia. Ramai bakat bagus yang akan diserap ke dalam pasukan kami. “Sejujurnya,… Read More