RTM siar dokumentari khas Majlis Perkahwinan Diraja Sabtu ini

4 Mac, KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan satu dokumentari mengenai istiadat Majlis Perkahwinan Diraja antara Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada Sabtu ini. RTM dalam kenyataan hari ini memaklumkan dokumentari bertajuk ’35 Tahun Menyulam Kasih-Dari Polo Ke Peterana’ itu berkongsi paparan 35 tahun yang lepas mengenai istiadat majlis perkahwinan diraja Seri Paduka berdua yang berlangsung pada Mac 1986. Siaran itu menerusi tiga saluran TV RTM di TV1 dan Berita Ehwal Semasa (BES) masing-masing pada 9… Read More
Salam Maulidur Rasul daripada YDP Agong
Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong zahir ucapan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada rakyat Malaysia beragama Islam – Istana Negara