Balai bomba baru: Ali Biju suarakan hasrat rakyat

6 November, KUALA LUMPUR: Susulan daripada kejadian kebakaran di Kampung Hilir Sungai Pala, Kabong pada 2 November lepas, Ahli Parlimen Saratok YB Ali Biju telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Hajah Zuraida Kamarudin sebelum bermulanya Sesi Pembentangan Belanjawan 2021 di Parlimen. Semasa pertemuan selama 30 minit bersama Menteri KPKT, beliau telah menyuarakan agar pertimbangan untuk pembinaan balai bomba di Kabong diluluskan. Ia disebabkan kedudukan Balai Bomba Saratok iaitu balai bomba yang terdekat adalah sejauh 50 kilometer dan mengambil masa satu jam perjalanan untuk sampai ke Daerah Kabong. Menurut… Read More

MP Saratok tekad terajui usaha bina balai bomba di Kabong

Berikutan kejadian kebakaran yang berlaku baru-baru ini di Kabong telah memusnahkan tiga buah rumah dan 17 orang penduduk terlibat hilang tempat tinggal, keperluan kemudahan Balai Bomba di daerah ini sangat diperlukan. Hikmah di sebalik kejadian tersebut telah membulatkan tekad buat Ahli Parlimen Saratok, YB Ali Biju untuk menzahirkan hasrat penduduk-penduduk Kabong membina sebuah balai bomba di situ. “Saya menyatakan perasaan simpati buat penduduk-penduduk terlibat atas kejadian kebakaran tersebut. Hikmah bencana ini telah memberi kesungguhan saya untuk berusaha merealisasikan hasrat penduduk-penduduk Kabong.” jelas Ali Biju dalam kenyataan media beliau hari ini. Beliau amat… Read More

#video “Kesetiaan Anak Sarawak Kekal Kepada Malaysia”, Ali Biju

Kongres Negara Meriah, Kehadiran Memberangsangkan

Walaupun kehadiran melebihi daripada tiga ribu perwakilan dan pemerhati, namun SOP tetap dipatuhi.