Pandu uji kereta: Sanusi serah kepada polis untuk siasat

6 Jun 2021, ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menyiasat dakwaan bahawa beliau memandu uji kenderaan di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru, Pulau Pinang, semalam. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut isu itu. “Tiada komen lanjut setakat ini, tunggu siasatan polis selesai,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama berhubung perkara itu hari ini. Semalam, netizen kecoh susulan penularan beberapa gambar dan video memaparkan individu dipercayai Muhammad Sanusi memandu uji sebuah kenderaan, sedangkan negara kini berada di bawah sekatan pergerakan penuh dan… Read More