Aminuddin kekal Pengerusi PKR NS

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun kekal sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR). Perkara itu disahkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar lbrahim, selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri PKR di kediaman rasmi Menteri Besar pada Khamis. Anwar berkata, dalam mesyuarat tersebut semua ketua cabang bersetuju untuk kekalkan Aminuddin sebagai Pengerusi PKR Negeri atas semangat perjuangan parti dan memperkukuhkan jentera untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. “Alhamdulillah, kedudukan Aminuddin sebagai Menteri Besar tidak dibangkitkan, malah mendapat sokongan padu daripada semua pihak, cuma terdapat… Read More

Krisis Aminuddin-PKR N.Sembilan: ‘Kami serah pada Anwar selesaikan,’ kata ADUN

PETALING JAYA: ADUN Ampangan, Rafie Abdul Malek yang dikaitkan dengan kenyataan hilang kepercayaan terhadap Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Negeri Sembilan Aminuddin Harun, mengakui berlaku krisis dalaman kepimpinan parti negeri itu dan menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan Anwar lbrahim selaku presiden parti untuk menamatkan kemelut berkenaan. “Kita serah pada presiden yang menilai, saya tahu presiden akur dan faham masalah yang ada, dan presiden akan buat keputusan. Saya terima hakikat memang ada masalah tetapi bagaimana nak selesaikan masalah yang berbangkit. “Saya yakin bila ada pemimpin (Anwar) yang dipusatkan, isu ini dapat diselesaikan dengan baik… Read More