Daroyah perlu kosongkan kerusi DUN Sementa, gesa Amirudin

Pengerusi PKR Selangor Amirudin Shari menggesa bekas timbalan ketua wanita parti itu, Dr Daroyah Alwi untuk mengosongkan kerusi DUN Sementa yang disandangnya. Ini selepas Daroyah, yang juga merupakan bekas ketua Wanita PKR Selangor mengumumkan keluar dari parti itu dan melepaskan jawatan timbalan speaker DUN Selangor. “Susulan peletakan jawatan beliau, saya menggesa Dr Daroyah untuk segera meletak jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri Sementa sekiranya masih bermaruah,” katanya pada suatu kenyataan malam tadi. Amirudin juga menyifatkan tindakan Daroyah  keluar PKR sebagai pengkhianatan terhadap mandat rakyat yang telah mengundi PH pada PRU14 lalu. “Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan Adun… Read More

Kerusi Menteri Besar Amirudin Goyang

Resah Amirudin Shari mengenangkan nasib ‘kerusi empuknya’ dek move yang dilakukan Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi yang mengistiharkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti dan keluar dari PKR. Mana tidaknya, move Ketua Cabang Kapar itu telah memberi kesan apabila mengurangkan sokongan kepada dirinya sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) bagi Negeri Selangor yang bakal menentukan siapa bakal menduduki kerusi Menteri Besar seterusnya. Amirudin dilihat hanya memiliki sokongan kuat 7 ketua cabang yang lebih dikenali sebagai ‘Team AS’ daripada keseluruhan 22 cabang yang ada di Selangor. Cabang-cabang tersebut adalah Gombak sendiri, Sepang, Kuala Selangor,… Read More