5,000 masyarakat Cina terima Bakul Ampang Prihatin sepanjang PKP 3.0

AMPANG, 29 JULAI : Sekitar 5,000 masyarakat Cina di sini telah menerima Bakul Ampang Prihatin sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan 3.0. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, bantuan tersebut diberikan bagi meringankan beban akibat pandemik Covid-19. “Kesan pandemik sangat besar hingga mengakibatkan sesetengah penduduk hilang pekerjaan, kesihatan terjejas dan terpaksa menjalani hidup dengan norma baharu. “Oleh itu, amat penting untuk peruntukan parlimen difokuskan bagi membantu penduduk kesusahan buat masa ini,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook semalam. Hantaran Facebook berkenaan turut memuatkan video serahan Bakul Ampang… Read More