Kemalangan lima kenderaan di persimpangan lampu isyarat

AMPANG – Dua lelaki warga emas cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Bunga Mawar di Taman Muda di sini Rabu. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, dalam kejadian pada jam 2.15 petang itu, seorang lelaki berusia 62 tahun memandu Toyota Camry dari arah Jalan Bunga Raya dipercayai hilang kawalan ketika hendak membelok ke kiri. “Kereta itu kemudian melanggar tiga kenderaan lain iaitu sebuah motosikal Honda Wave, BMW dan lori jenis Hino yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat kerana lampu merah,”… Read More

PeKT dan KDEB Jalankan Khidmat Komuniti Tempatan

20 Disember, AMPANG: Hari ini PeKT dgn KDEB turun bersama melaksanakan kerja membersihkan pokok tumbang di kawasan Tanah Perkuburan Taman Kosas. Antara tugasan PeKT di kawasan yang telah diilhamkan daripada Dasar Komuniti Negara. Perlaksanaan peranan kekitaan di peringkat akar umbi dapat diperkasakan bagi melahirkan generasi yang peduli kepada jiran tetangga. Minggu lepas, Exco Selangor YB Ng Sze Han telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang tidak mengiktiraf PeKT kerana ‘didakwa’ menjalankan tugas sama dengan ahli-ahli majlis PBT. Kenyataan Ng Sze Han itu sangat mengelirukan kerana beliau tidak meneliti peranan PeKT berdasarkan matlamat utama Dasar… Read More

Penduduk Sambut Baik Cadangan Mengindahkan Tapak Highland Tower

13 Disember, AMPANG: Penduduk-penduduk Taman Sri Ukay dan Hill View memberi respon positif terhadap cadangan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Hajah Zuraida Kamaruddin untuk melestarikan tapak runtuhan Highlands Tower. “Kami selaku penduduk Taman Sri Ukay/Hill View menyambut baik cadangan yang dikemukakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Zuraida Kamaruddin berhubung hasratnya untuk mengindahkan semula kawasan tragedi Highland Tower selain menjadikannya tapak bersejarah bagi memperingati tragedi yang mengorbankan 48 penghuni kondominium berkenaan pada 11 Dis 1993.” kata Presiden Persatuan Penduduk Taman Sri Ukay/Hill View, Dato’ Siti Hendon Binti Haji Chek semalam…. Read More

Teori Kamal Hatta: selain Zuraida Kamaruddin, siapa pengganti layak untuk Ampang?

Rajin, agresif dan terus bekerja. Itulah watak Zuraida Kamaruddin yang aku kenal. Sudah 12 tahun beliau menjadi MP Ampang. Terus terang cakaplah, dia memang pandai jaga akar umbi. Bukan setakat di Ampang tapi satu Malaysia bai! PKR pecat dan buang Zuraida, dia tetap boleh membina kekuatan akar umbi sampai Anwar Ibrahim dan macai-macai DAP fitnah tuduh Zuraida guna peruntukan kerajaan untuk salur dana NGO Penggerak Komuniti Negara (PKN). Anwar hakikatnya takut dengan keupayaan Zuraida mengumpulkan sokongan dan kekuatan. Benda ini yang Anwar dah tak boleh buat. Kelompok yang bintat dengan Zuraida di… Read More