PRN Sabah: Anifah Aman hadapi empat penjuru di Bongawan

KOTA KINABALU, 12 Sept — Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Datuk Seri Anifah Aman berdepan pertandingan empat penjuru bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Bekas menteri luar itu dicabar penyandang kerusi DUN Bongawan Dr Daud Yusof dari Parti Warisan Sabah (Warisan) selain Ag Syairin dari Barisan Nasional (BN) dan Mohd Azree Abd Ghani dari Parti Liberal Demokratik (LDP). #PRNSabahBernama#SabahMengundi#SabahMemilih#SabahElection2020#SabahMongundi https://www.bernama.com/bm/politik/news.php?id=1879034
Politik |Perjuangan PCS dengan Warisan bagai langit dan bumi

KOTA KINABALU: Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Anifah Aman berkata, parti itu sedia bekerjasama dengan parti tempatan lain yang mempunyai misi dan visi yang sama dengan parti diterajuinya. Bagaimanapun katanya, PCS yang baru dijenamakan semula beberapa minggu lalu itu akan bergerak bersendirian bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) akan datang. “Kita boleh bekerjasama (dengan parti tempatan lain) jika ada misi dan visi yang sama kerana matlamat kita adalah untuk berjuang untuk orang Sabah. ”Ya kalau Warisan mempunyai misi dan visi yang sama, kenapa tidak (bekerjasama), tetapi bagi saya, PCS dan Warisan ini… Read More
Anifah presiden baharu PCS

KOTA KINABALU – Bekas menteri luar, Anifah Aman dilantik sebagai Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) selepas memenangi jawatan itu tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu hari ini. Anifah mengambil alih jawatan daripada bekas presiden, Wilfred Bumburing yang dilantik sebagai timbalan presiden. Anifah bersama UMNO sehingga beliau keluar parti dan menjadi ahli politik bebas selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada September 2018. Pengerusi Pengurus Perhimpunan Agung PCS, Kalakau Untol berkata, Anifah akan membuat kenyataan selepas mesyuarat majlis tertinggi parti itu dalam masa terdekat.