Annuar Musa beri indikasi Pemilihan UMNO pada September

KUALA LUMPUR: Tan Sri Annuar Musa hari ini memberi indikasi bahawa mesyuarat perwakilan bahagian dan pemilihan UMNO untuk semua jawatan akan dilaksanakan pada September depan. Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu berkata mesyuarat itu perlu diadakan bagi menepati peruntukan dalam perlembagaan parti. “InsyaAllah bulan September, mesyuarat perwakilan bahagian dan pemilihan semua jawatan dalam parti akan diadakan menepati peruntukan dalam Perlembagaan UMNO. “Melainkan ada ‘nawaitu’ dan jajaran pemikiran lain,” katanya menerusi satu perkongsian di Facebooknya pada Jumaat. Ahli Parlimen Ketereh itu turut memaklumkan bahawa Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham… Read More

Kerajaan ‘gagal’ dari sudut mana? – Annuar Musa

KUALA LUMPUR: Kenyataan dan tanda pagar “kerajaan gagal” yang sering digunakan kini sebenarnya mencetuskan satu pertanyaan lain yang perlu terlebih dahulu dijawab oleh mereka yang mengutarakan kenyataan tersebut. Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata istilah “gagal” sangat subjektif untuk dijawab apatah lagi jika melihat pada perkembangan negara-negara lain dalam melawan pandemik COVID-19. “Kita tidak berada dalam posisi terbaik, angkat sumpah sahaja terus kena berhadapan dan uruskan ketidakstabilan negara. “Ini satu igauan untuk kerajaan kerana terpaksa jalankan tugas untuk stabilkan politik. “Realitinya ya, memang politik tidak stabil, begitu juga ekonomi dan… Read More

Membawang Akhir Zaman (MAZ): Zahid masih ber-mentor-kan Anwar?

Meletup kejap satu negara apabila Annuar Musa mendedahkan wujud surat pimpinan utama Umno yang menyokong Anwar Ibrahim sebagai PM. Lebih gempar, melalui surat tersebut ia terserlah usaha Zahid-Najib mahu menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional. Walaupun sudah menjadi Presiden Umno, Zahid Hamidi masih lagi ‘akur’ dan ‘ikut telunjuk’ Anwar Ibrahim yang merupakan bekas boss Zahid semasa beliau menjadi Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia semasa Anwar dipecat oleh Mahathir pada 2 September 1998 dulu. Tindakan itu dilihat sebagai usaha mengheret Umno terlibat dengan gerakan politik melalui ‘gabungan’ PH-Umno. Soal utamanya, apakah keseluruhan ahli Umno sanggup… Read More

Annuar Musa dedah surat sokongan pemimpin tertinggi Umno sokong Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA – Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa mendedahkan pemimpin tertinggi UMNO mengeluarkan surat sokongan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, beliau mendedahkan perkara itu kerana tidak bersetuju dengan pendirian pemimpin berkenaan. Menurutnya, kandungan surat sokongan yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong ialah untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN). Saya tahu semua sekali dan surat ini saya sudah semak dengan banyak pihak, surat ini adalah tulen. “Dalam surat ini antara perkara-perkara yang disebut ialah menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang,… Read More