Dinamik politik Malaysia kembali diuji

Anjakan politik Malaysia selepas PRU-14 yang berlangsung pada 9 Mei 2018 lepas adalah sangat dinamik berbanding pada 8 Mac 2008. Setelah 22 bulan berkuasa, Pakatan Harapan tumbang pada 26 Febuari 2020, tahun ‘wawasan’ yang menjadi garisan baru medan siasah negara. Pemikiran biasa dan tak memahami seni politik akan mentakrifkan situasi politik Malaysia sebagai kucar-kacir. Namun buat ‘penganut-penganut’ seni politik, ia adalah suatu keadaan dinamik yang menganjak bentuk politik negara dalam seni permainan lebih progresif dan pantas. Secara kebetulan, bekas kepala-kepala Team Wawasan (Mahathir, Anwar, Najib, Muhyiddin, Zahid) masih terlibat dalam permainan politik… Read More

Anwar kelirukan rakyat, PeKT memberdaya komuniti bukan badan politik

Pegawai Penyelaras Kepada Menteri KPKT Bagi Negeri Sembilan, Rosman Jonet membidas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan team cytroo PKR kerana silap membezakan antara Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) yang disamakan dengan NGO Penggerak Komuniti Negara (PKN). Menurut Rosman, Penggerak Komuniti Tempatan (PeKT) adalah rakan strategik komuniti yang diwujudkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi memperkasakan agenda Dasar Komuniti Negara. Lima tugasan utama PeKT adalah Bomba komuniti, urban farming (Kebun Komuniti), demonstarsi bomba kepada surirumah, ‘trash to cash’ dan penglibatan urustadbir bersama komuniti setempat. Selain itu, prestasi PeKT yang dilantik akan dipantau dan… Read More

Watak Politikus Mengikut Genre Muzik 🎵🎵🎵

Kadangkala rakyat pun sukar memahami sikap dan tingkah laku politikus-politikus apabila gelagat mereka yang dilihat mencetuskan krisis, perebutan kuasa dan kedudukan serta manuver politik yang memeningkan rakyat untuk memahaminya. Ok, jangan gusar dan celaru. Mari kita baca karektor tiap politikus mengikut genre muzik. Azmin AliPolitikus yang sangat dibenci oleh kelompok pentaksub Anwar Ibrahim kerana mereka tidak dapat membaca rentak politik Azmin berbanding politikus pujaan mereka. Watak Azmin seperti genre muzik yang dimainkan oleh Pink Floyd, psychedelic progressive rock iaitu suatu genre muzik rock yang terbina dengan susunan ‘odd-beat, odd tempo dan digarap… Read More

Teori Kamal Hatta: Karma menimpa Anwar

Genap dua tahun Anwar Ibrahim menjadi presiden PKR, parti ini sudah hilang karisma. Ketika ini segala perbuatan Anwar sedang bertimpa atas kepala dia. Harapan dia nak jadi PM makin jauh. Kalau main golf, pukulan asyik tersasar jauh masuk ke dalam tasik. Jauh sekali nak ‘birdie’ apatah lagi ‘hole in one’. Silap gaya menyasau. Aku tengok macai-macai PKR je yang sasau sangat. Kesian kat kawan-kawan aku yang masih ada kat situ terpaksa menyokong retorik presiden. Harap kau orang boleh sedar cepat. Percubaan kali pertama dia semasa dalam Umno untuk ganti Mahathir dan terus… Read More