Teori Kamal Hatta: PKR dibuai keangkuhan

Aku tak mau cerita panjang pasal Reformasi 1998. Benda yang diulang-ulang sampai orang ramai dah tepu otak tak peduli. Ada macai-macai PKR dibuai keangkuhan kerana mereka berkeyakinan tinggi PKR akan kukuh kuat di bawah Anwar dan parti bersih daripada ‘kartel’. Mereka memainkan sentimen politik PKR era 2004 pada penggal ke-11 dulu yang hanya tinggal satu kerusi parlimen iaitu Permatang Pauh. Aku nak sebut mereka ini bodoh membaca jangkaan politik sekiranya berpegang kepada sejarah 2004 itu. PKR waktu itu tak sama dengan PKR sekarang. Penyokong dan pentaksub PKR mengeji dan menyindir sial kawan-kawan… Read More

Dr Mahathir to work with DAP, Amanah after PKR snub

DR Mahathir Mohamad said he will pull out of Pakatan Harapan Plus but continue to work with DAP and Amanah after PKR’s declined to name him as its prime ministerial candidate. “I will not cooperate with Anwar Ibrahim as he does not want to work with me. I need to find other ways to become prime minister. There may be other ways,” said Dr Mahathir in an exclusive interview with Sin Chew Daily published today. Sumber Malaysia Insight

25 AJK PKR Saratok umum keluar parti, hilang kepercayaan kepada Anwar

PETALING JAYA: 25 ahli jawatankuasa (AJK) PKR bahagian Saratok, Sarawak, hari ini mengumumkan meletak jawatan dan keluar parti berkuat kuasa serta-merta kerana hilang kepercayaan kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim. 25 AJK berkenaan berkata, PKR pada masa ini seolah-olah tidak mempunyai hala tuju dan hanya berusaha untuk memenuhi impian peribadi Anwar untuk menjawat tugas sebagai perdana menteri. “Kami berasa kecewa kerana parti seolah-olah lebih mementingkan impian peribadi presiden untuk menjawat jawatan perdana menteri, bukannya untuk memperjuangkan agenda reformasi seperti yang sentiasa dilaung-laungkan selama ini. “Jauh di sudut hati, kami bertanya, adakah agenda reformasi… Read More

PKR tolak Mahathir sebagai calon PM

Pemimpin-pemimpin pusat dan anggota parlimen PKR menolak Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri sekali lagi. Perkara itu disuarakan dalam kenyataan mereka sebentar tadi, selepas mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan anggota parlimen PKR di atas talian pagi ini. “Walau bagaimanapun, parti memutuskan untuk tidak menyokong cadangan mencalonkan Tun Dr Mahathir sebagai perdana menteri, dan kekal dengan konsensus Pakatan Harapan mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri,” katanya. Bagaimanapun, parti itu terbuka untuk berbincang dengan semua pihak termasuk Dr Mahathir “demi usaha menyelamatkan Malaysia dan mengembalikan mandat rakyat ke tempatnya”…. Read More