Naratif ‘Melayu malas’ kesilapan PH, kata Anwar

Melabelkan “Melayu malas” adalah antara kesilapan taktikal yang berlaku ketika pentadbiran 22 bulan Pakatan Harapan (PH) selepas berjaya menumbangkan BN. Presiden PKR, Anwar Ibrahim, berkata PH perlu mengakui bahawa sepanjang mentadbir negara pemimpinnya telah mengeluarkan kenyataan yang melukakan hati orang Melayu. Jelas Anwar dalam satu wawancara eksklusif bersama Malaysiakini, berkata PH gagal mengatasi masalah orang Melayu dengan baik ketika mereka diprovokasi. “Saya kata, bagi peluang, soal kemalasan sudah dijawab ratusan tahun. Baca (tulisan) Jose Rizal, The Indolence of The Filipinos. “Baca (tulisan) Syed Hussin Alatas, Mitos Pribumi Malas, The Myth of The Lazy Native. Ini sudah… Read More

Maszlee: Jawatan PM ke-9 bukan hak mutlak Anwar

“Kalau PH hanya berharap kepada kemampuan Datuk Seri Anwar Ibrahim, maka sampai bila-bila pun PH tidak akan mampu melepasi angka keramat 112,” kata Maszlee Malik. Rundingan Pakatan Harapan (PH) untuk mengambil semula kerajaan daripada Perikatan Nasional (PN) haruslah tidak dengan keyakinan bahawa jawatan perdana menteri adalah hak mutlak Anwar Ibrahim. Anggota Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik berkata, tanpa bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, peluang untuk PH mengambil semula kerajaan adalah sangat tipis bahkan mustahil. “Rundingan untuk ambil semula kerajaan daripada PN dan memilih Perdana Menteri ke-9 haruslah tidak dengan keyakinan bahawa… Read More