Rencana |DAP setuju guna logo Warisan, petanda PH hilang populariti

Keputusan DAP untuk menggunakan logo Warisan pada PRN Sabah nanti seakan membenarkan dapatan kajiselidik Merdeka Center terkini yang menunjukkan peratusan populariti PH telah merundum ke paras 25 peratus berbanding semasa memenangi PRU-14 lepas dengan 64 peratus. Secara langsung ini juga membuktikan PH turut mengalami kemerosotan populariti di Sabah walaupun mereka adalah sekutu Warisan dan komponen parti pemerintah negeri. DAP semasa PRU-14 pun bertanding dengan bendera sendiri di Sabah. Mereka akan mempertahankan kemenangan enam dun yang dimenangi lepas. Sebagaimana PKR, tiada tambahan kerusi diberikan oleh Warisan buat DAP. Lebih malang buat rakan komponen… Read More

Teori Kamal Hatta: PKR Sabah huru-hara, berlaga keting dengan Mahathir

Punyalah suwey Anwar Ibrahim naik jadi presiden PKR. Kau orang tengok tak sampai dua tahun lintang pukang PKR. Kononnya PKR adalah ‘big-brother’ PH, selepas menang PRU14 jadi parti besar dengan 50 MP, tapi kau orang jangan lupa sebab masa tu Wan Azizah masih presiden parti, Anwar adalah banduan Sungai Buloh. Itu status Anwar sebelum PH padam rekod Anwar sebagai banduan. Satu persatu suwey melanda Anwar sampailah tumbang PH. Melepas nak jadi PM. Janji dah tabur sana sini. Ramai ‘funder’ India dah bengang sebab kena kencing akibat gagalnya Anwar menjadi PM. Jangan panjang… Read More

Teori Kamal Hatta: PH Bina Politik Dinasti

Apabila aku kenang semula zaman demo Reformasi 98 dulu, rasa nak termuntah ingat ucapan retorik Anwar Ibrahim menolak politik kronisme, neopotisme dan korupsi. Perkara yang dia suka sebut ulang inilah dibuatnya. Kau orang mesti tak percayakan? Aku saja nak hentak kepala kau orang supaya saraf-saraf otak kembali diaktifkan, jangan taksub buta kayu sangat dengan Anwar Ibrahim. Kelmarin pun dah heboh satu mamat ‘hamba seks RM300’ buat pengakuan bersumpah diliwat oleh Anwar. Kebetulan lagi, pengampunan diraja Anwar tak sah sebab ‘tak cukup’ syarat. Aku ramal sebelum PRU-15 akan berlaku PRK Port Dickson pula…. Read More

PKR Boleh Terus Taksub Peribadi Anwar, Rakyat Akan Tentukan Nasib Mereka.

Saya dimaklumkan beberapa hari lalu tentang sebuah himpunan bertajuk “penerangan” oleh PKR yang akan berlangsung di Ampang. Pada kiraan saya, ia adalah himpunan biasa sebuah parti politik yang cuba memberi gambaran bahawa organisasi mereka yang kian lemah itu seakan segar dan dapat meneruskan agenda mengangkat impian peribadi seorang pemimpin klasik untuk menjadi Perdana Menteri. Ternyata kira-kira tersebut tepat sekali. Agenda peribadi terus dihidangkan dan skrip yang bernaratif sekitar tajuk khianat didendang dan diulang-ulang untuk hidangan hadirin dari kalangan beberapa kerat aktivis yang masih boleh dicucuk hidung mereka. Soalnya, definisi khianat yang didendang… Read More