Arab Saudi cadang mekanisme baharu visa umrah

Riyadh: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bercadang melaksanakan mekanismne baharu untuk pembelian pakej umrah dan mengeluarkan visa masuk bagi mereka yang datang dari luar negara. Saudi Gazette melaporkan, mekanisme itu membolehkan setiap calon jemaah asing mendapat visa umrah tunggal yang dikeluarkan secara dalam talian. Di bawah mekanisme pertama, visa umrah akan dikeluarkan melalui pengendali atau majikan untuk 25 orang atau lebih jemaah haji. la akan dilakukan selepas menandatangani kontrak antara penyedia perkhidmatan umrah antara kerajaan dan ejen pelancongan berlesen mereka di negara masing-masing. Mekanisme kedua adalah berdasarkan urus niaga antara pengendali… Read More

Arab Saudi benarkan perniagaan beroperasi ketika waktu solat

RIYADH: Arab Saudi secara rasmi membenarkan perniagaan kekal beroperasi ketika waktu solat lima waktu, yang menjadi langkah reformasi sensitif di negara yang cuba mengubah imejnya. Sejak menjadi pemimpin Arab Saudi mulai 2017, Putera Mahkota Mohammed bin Salman memperkenalkan perubahan ekonomi dan sosial bagi mengurangkan kebergantungan negara itu terhadap minyak, dan mengubah peranan agama. “Premis dan aktiviti komersial dan ekonomi lain akan kekal dibuka sepanjang waktu bekerja, khususnya ketika waktu solat,” kata Persekutuan Dewan Saudi dalam satu kenyataan, semalam. Secara rasminya, keputusan itu adalah sebahagian daripada usaha menentang pandemik COVID-19 dan bermatlamat mengelak… Read More

Arab Saudi perkenal Bahasa Mandarin sebagai subjek elektif

Riyadh: Kementerian Pendidikan Arab Saudi merancang untuk memperkenalkan Bahasa Mandarin sebagai subjek elektif di lapan sekolah menengah di negara itu, tahun depan, lapor media tempatan. Menerusi program berkenaan, empat sekolah di Riyadh, masing-masing dua di Jeddah dan wilayah utara, termasuk dua sekolah perempuan, pada fasa pertama. Bahasa Mandarin kali pertama diperkenalkan di Arab Saudi ketika Putera Mahkota Arab Saudi melawat Beijing pada Februari 2019 yang menjadi sebahagian perjanjian antara dua negara untuk mengukuhkan hubungan kedua negara. Selain itu, beberapa inisiatif lain akan dilancarkan bersama agensi pendidikan lain dan sektor latihan bagi memperkenalkan… Read More

Jemaah wanita boleh tunai haji tanpa mahram

JEDDAH: Bakal jemaah wanita boleh menunaikan ibadah haji pada tahun ini tanpa ditemani mahram. Lapor Arab News, pendaftaran haji 2021 yang dibuka kepada warganegara dan golongan ekspatriat di Arab Saudi itu boleh dibuat bermula semalam hingga 23 Jun ini. Bagi tahun ini, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan tiga pakej haji iaitu pakej pertama berharga SR16,560 (RM18,172), pakej kedua SR14,381 (RM15,781) dan SR12,113 (RM13,292). Kementerian memaklumkan, pendaftaran haji tidak bermaksud para jemaah sudah memperoleh permit untuk menunaikan ibadah tersebut. ‚ÄúPermit haji hanya dikeluarkan selepas permohonan yang dibuat memenuhi semua syarat yang ditetapkan…. Read More