Malaysia kini antara negara dengan kadar vaksinasi terpantas dunia

KUALA LUMPUR – Malaysia kini menjadi antara negara dengan kadar vaksinasi terpantas di dunia, menyaksikan lebih 400,000 dos diberikan sehari dengan hanya diatasi Kanada minggu lepas, malah sekali ganda berbanding Australia. Perbandingan itu dibuat antara negara-negara dengan saiz yang sama atau lebih besar. Berdasarkan analisis yang diterbitkan dalam The Sydney Morning Herald, portal dalam talian itu mengatakan meskipun berdepan peningkatan kematian dan harapan yang agak suram di negara yang mempunyai 32 juta penduduk ini, sinar harapan masih ada buat Malaysia apabila kadar vaksinasinya meningkat.Menurut portal itu, selepas enam minggu pelaksanaan kawalan pergerakan di seluruh negara, Malaysia… Read More

Vaksinasi : Empat hari berturut berjaya lebihi 400,000 dos sehari

KUALA LUMPUR, 16 JULAI : Malaysia kini antara negara dengan kadar vaksinasi terpantas di dunia, dengan lebih 400,000 dos suntikan vaksin Covid-19 diberi selama empat hari berturut-turut. Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menyatakan semalam, sebanyak 460,158 dos suntikan telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). Jumlah itu mengatasi pemberian vaksin pada hari sebelumnya (14 Julai) iaitu sebanyak 434,828 dos. Kenaikan ini menunjukkan perkembangan yang amat positif terhadap program vaksinasi negara. Secara keseluruhan, sebanyak 13,107,681 dos vaksin telah diberikan setakat ini di seluruh negara sejak PICK dijalankan pada 24… Read More

COVID-19: Suntikan ketiga vaksin AstraZeneca tingkatkan tindak balas imun

LONDON: Suntikan ketiga vaksin COVID-19 Oxford-AstraZeneca menghasilkan tindak balas imun yang kuat. Perkara itu disahkan penyelidik pada Isnin, namun menambah belum ada bukti bahawa suntikan tambahan diperlukan terutama ketika kekurangan bekalan vaksin di beberapa negara. Kajian Universiti Oxford mendapati dos ketiga vaksin meningkatkan tindak balas imun antibodi dan sel-T, sementara dos kedua yang ditangguhkan hingga 45 minggu juga meningkatkan tindak balas imun. Kerajaan Britain sedang meneliti rancangan untuk kempen suntikan tambahan musim luruh dengan tiga perlima orang dewasa sudah menerima kedua-dua dos vaksin COVID-19. Pengarah Kumpulan Vaksin Oxford, Andrew Pollard berkata, bukti menunjukkan… Read More

Siasat dakwaan syarikat swasta jual vaksin

KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) meminta pihak berkuasa dan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) membuat siasatan penuh berhubung dakwaan vaksin dijual oleh syarikat swasta bukan penjagaan kesihatan kepada kumpulan persendirian. Presiden MMA, Prof Datuk Dr M Subramaniam, berkata pihaknya dimaklumkan vaksin berkenaan dijual dengan harga kira-kira RM400 bagi dua dos untuk seorang individu. Katanya, proses vaksinasi didakwa dijalankan sebuah fasiliti penjagaan kesihatan swasta. “MMA memandang serius perkara ini kerana ketika ini kerajaan adalah pengimport dan pengedar rasmi vaksin yang diluluskan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).null “Jila dakwaan mengenai jualan vaksin secara persendirian… Read More