Nicol dinobat atlet terunggul sepanjang zaman

KUALA LUMPUR, 1 Feb — Bekas ratu skuasy negara Datuk Nicol David dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia dengan meraih undi majoriti dalam undian dalam talian yang ditutup pada jam 9 malam tadi. Sebagai calon tunggal Asia, juara dunia sebanyak lapan kali itu, ternyata unggul sebagai pendahulu sejak hari pertama undian dibuka pada 8 Jan lalu apabila menerima 318, 943 undi, kelebihan 200,000 undi daripada pencabar terdekat. Menurut laman sesawang rasmi Sukan Dunia, https://www.theworldgames.org., bekas pemain nombor satu dunia selama sembilan tahun berturut-turut itu mengatasi 23 atlet lain… Read More